Tips Untuk Bercinta Dengan Orang Yang Mempunyai Masalah Depresi.

 

Zaman sekarang tidak lekang daripada mulut masyarakat tentang depresi. Depresi bukan sahaja daripada golongan remaja, malah golongan dewasa juga turut depres apabila mereka merasakan tiada sesiapa boleh mendengar luahan isi hatinya. Situasi menjadi semakin teruk apabila mereka fikir semua orang seolah-olah menyindir apa yang telah terjadi pada hidup mereka. Kepercayaan kepada orang sekeliling semakin merudum, malah tiada keyakinan untuk berkomunikasi dan menarik perhatian orang ramai.

Setiap manusia biasa, secara lumrahnya memiliki perasaan untuk bercinta. Tetapi untuk mereka yang ada masalah depresi, bercinta bukan datang daripada diri nya sendiri, tetapi pasangan yang dapat mengembalikan keyakinan dan kepercayaan dalam diri mereka. Pasangannya perlu menjadi lebih kuat untuk membimbing dan membuka minda mereka supaya mereka boleh membuka lembaran hidup baru.



1.Mampu menyelesaikan setiap masalah

Orang yang mengalami depresi, sentiasa merasakan diri mereka tiada motivasi dan tiada keupayaan untuk menyelesaikan masalah. Mereka lebih cenderung untuk membiarkan masalah itu terus berlalu tanpa diselesaikan. Sebagai pasangan cuba untuk list kan solusi satu per satu, atau membuat gambar rajah supaya mereka lebih peka dan boleh melihat masalah mereka secara luas. Dengan cara ini, mereka dapat melihat masalah dengan perspektif yang lebih besar dan tidak sempit.

2.Memberi kata-kata yang positif

Provokosi adalah salah satu cara untuk menambah depresi seseorang. Oleh itu, elakkan menjadi pencetus atau cuba untuk mencetus kemarahan si dia. Jika tidak si dia akan beralih arah menjadi lebih negatif dan pendendam. Sebagai contoh, jika si dia cuba untuk meluahkan perasaan yang telah lama terpendam, cuba untuk mendengar dahulu sebelum memberi nasihat yang positif dan cuba jangan menyampuk tapi cuba memahami situasi yang si dia alami.

3.Membawa ke tempat baru

Orang yang depresi cenderung untuk memilih lagu yang lebih misteri, gelap dan lirik lagu yang terkandung ciri-ciri untuk jauh dari Allah swt. Sebagai pasangan, anda perlu membantu untuk memilih lagu yang lebih ceria dengan suasana yang lebih terang dan cerah amat di galakkan. Membawa si dia untuk berjumpa rakan-rakan baru juga boleh meningkatkan semangat mereka untuk berjumpa lebih ramai orang.

4.Tidak menjadi lebih dominan

Tiada masalah untuk menjadi dominan kepada pasangan, tetapi jangan seperti mengarah mereka untuk membuat sesuatu. Malah, menjadi dominan kepada pasangan akan menggalakkan mereka untuk menjadi lebih depresi. Mereka sepatutnya memerlukan sokongan dan bantuan bukan untuk di arah seperti ketua mengarah pekerjanya. Kadang kala si dia akan cuba untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan, pasangan perlu peka untuk memberi idea dan cuba mengungkapkan perkataan maaf jika anda ada membuat silap. Perkataan "Tolong" juga mampu membuatkan si dia menjadi lebih bersemangat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,173 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen