Risau Tidak Sefahaman Dengan Mak Mertua? Cukup Lima Perkara Ini, Confirm Mak Mertua Sayang.

 

Bila sudah berkahwin ini sudah pasti timbul kerisauan bagaimana mengambil hati ibu bapa pasangan kita. Terutama jika pasangan anda adalah anak sulung mahupun anak tunggal mereka. Mestilah nak pikat hati mak pak mertua ini lebih. Ini dia terdapat beberapa tips untuk pikat ibu mertua anda.

1. Tidak berkira.

Anggap ibu bapa mertua anda ini sebagaimana ibu bapa kandung anda sendiri. Jadi janganlah kedekut, apa salahnya anda mengeluarkan sedikit wang untuk belanja kedua-dua ibu bapa mertua anda. Sekali skala, bawalah mereka ini keluar makan tak pun tapau makanan untuk mereka. Baru lah ibu mertua sayang.

2. Pandai masak.

Orang kata dapat yang pandai masak itu package, tapi lagi beruntung suami jika si isteri sudi masakkan untuk mertua bila pulang ke kampung. Bila dah pikat guna masakkan ini, siapa yang tak sayang kan? Bila ada cuba resipi baru tu, rajin-rajin la kongsi dengan ibu mertua. Mesti ibu mertua sayang lebih.



3. Rajin bersembang.

Bila pulang ke rumah ibu mertua ini, janganlah asyik berkurung di dalam bilik atau terlalu sibuk dengan telefon bimbit. Apa kata cuba bersembang dengan mereka. Ketahui rutin-rutin hariannya, tidak pun cari saja topik perbualan yang santai. Jangan malu, anggap mereka ini sama seperti ibu bapa kandung anda.

4. Ringan tulang.

Sikap ringan tulang ini adalah ciri-ciri menatu yang dicari terutama pada menantu perempuan. Macam mana nak jadi ringan tulang? Apa kata anda cuba membantu ibu mertua anda mengemas rumahnya. Tidak pun, anda membantunya ketika dia sedang masak. Tidak tahu memasak? Jangan risau, cukup dengan membantu sudah pasti menyenangkan hatinya.

5. Pandai menjaga anak.

Ini adalah perkara yang paling penting, anda jangan bebankan ibu bapa mertua anda dengan menyuruh mereka menjaga anak anda. Betul kata orang, ibu bapa mertua akan sayang lebih dekat cucu mereka. Tapi jika membawa diri mereka sendiri sudah tidak larat, bagaimana hendak menjaga anak anda yang sedang lincah ke sana sini. Sudah pasti mereka terbeban.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,271 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen