8 Ciri-ciri Suami Yang Hebat. Wanita Jika Jumpa Lelaki Yang Mempunyai Ciri-Ciri Ini Jangan Lepaskan..

 

Setiap seseorang wanita itu pasti idamkan bakal suaminya yang mampu menjadi suami yang bertanggungjawab dan mampu membimbing mereka ke arah yang lebih baik, tetapi bagaimanakah ciri-cirinya? Mari kita lihat.



1. Imam Solat.

Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suami mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama. Inilah cara menjadi suami yang hebat di dunia dan akhirat. Isteri akan lebih menghormati suaminya kerana mampu menjadi pemimpin keluarga yang hebat.

2. Mengajarkan Ilmu-Ilmu Agama.

Seorang isteri hanya inginkan kebahagiaan, tetapi bukanlah harta yang diimpikan, tetapi ilmu-ilmu agama yang dimahukan. Apatah lagi apabila mempunyai anak, ilmu agama sangat penting bagi menjaminkan keluarga bahagia. Jika tidak pandai hal agama, maka berusahalah mencari guru-guru agama.



3. Suami Yang Matang.

Suami perlu matang dalam berfikir dan melakukan keputusan. Ini kerana isteri akan sentiasa meminta nasihat ataupun memerlukan anda untuk melakukan keputusan. Jika jiwa anda masih keanak-anakan, cuba ubah sikap supaya menjadi lelaki yang lebih matang, isteri akan lebih senang meluahkan perasaan seandainya anda lebih serius mendengar dan memberi pendapat.

4. Pandai Memasak.

Walaupun dikatakan masak di dapur adalah tanggungjawab seorang isteri, tetapi suami juga harus rajin menolong isteri di dapur. Barulah ikatan suami isteri terjalin lebih mesra dan berpanjangan.

5. Suami Yang 'Independent'.

Suami yang pandai menguruskan diri adalah seorang suami yang sangat romantik. Mana tidaknya, segala persiapan dilakukan sendiri. Dari membasuh baju, melipat baju, dan seterika baju. Bukanlah si isteri pemalas, tetapi ringan-ringankanlah tulang untuk membantu isteri, barulah nampak romantik kan?



6. Mempunyai Prinsip Dan Pendirian.

Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga Anak-Anak Bersama Isteri.

Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulung.

Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga dua kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Suami Serba Tahu.

Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat terasa kagum apabila suami mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok perniagaan, rumahtangga, ekonomi dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sahaja disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Semoga bermanfaat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,773 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen