7 Sebab Anak Sulung Lelaki Menjadi Suami Idaman Setiap Wanita.

 

Biasanya, anak sulung lelaki adalah anak yang paling diharapkan keluarga. Tapi, bukannya dimanja, kebanyakkan anak sulung selalunya menanggung beban lebih berat dari anak bungsu. Ini kerana anak sulung harus menjadi contoh untuk adik-adiknya dan dari kecil dibiasakan untuk bertanggung jawab.



Kerana kehidupan anak sulung lelaki yang penuh tanggungjawab inilah, dia biasanya dijadikan suami idaman. Dibawah ini adalah 7 sebab kenapa anak sulung lelaki itu suami idaman. Anda yang punya kekasih anak sulung, sepatutnya berasa bangga ya!, tetapi bagi mereka yang belum mempunyai kekasih boleh mengambilkira perkara ini.

1. Anak sulung lelaki jelas lebih dapat diharapkan kerana dia sudah biasa menjaga adik-adiknya.

Kerana menjadi anak pertama dalam keluarga, anak sulung lelaki biasanya lebih diharapkan. Bukan hanya oleh adik-adiknya, tetapi juga dengan ibubapanya. Dia pasti juga merupakan anak harapan ibubapa dalam keluarga. Jelas anda boleh mengharapkannya juga dalam berbagai perkara.



2. Anak sulung lelaki biasanya lebih tegas dalam mengambil keputusan.

Kerana dia anak pertama, secara langsung dia sudah biasa mengambil keputusan dan tegas dalam mengatur segalanya di rumah. Walaupun kadang-kadang anak sulung biasanya pendiam dan blur , tapi sebenarnya anak sulung sangat mengambil berat dengan keadaan keluarganya.

3. Bersama dengan anak sulung, anda akan berasa selamat kerana dia biasa menjaga bukan dijaga.

Anak sulung terbiasa menjaga adik-adikya sejak kecil. Dia tahu siapa yang harus dia lindungi dan bagaimana cara melindunginya. Anda yang berpasangan dengan anak sulung lelaki, anda tidak perlu takut dengan apapun kerana dia sentiasa peka akan keselamatan anda.

4. Anak sulung biasanya mempunyai akal yang cerdik kerana wajib memberi contoh pada adiknya.

Sejak kecil anak sulung cenderung dituntut untuk memberi contoh yang baik untuk adiknya. Jadi, dia akan berusaha untuk menjadi orang yang cerdik dan memiliki prestasi yang cemerlang.



5. Kerana dilahirkan pertama, anak sulung jelas lebih berdikari.

Anak sulung memiliki kebiasaan berdikari sejak kecil. Bahkan, dia yang membantu ibubapa untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Anak sulung juga tidak manja. Dia boleh melakukan semuanya sendiri tanpa bantuan orang lain.

6. Anak sulung lelaki jelas suami idaman kerana dia adalah calon ayah yang baik.

Anak sulung sudah terbiasa menjaga ibubapa dan adik-adiknya. Kerana itulah dia memiliki sifat semulajadi yang penyayang dan sangat mengambil berat akan keluarganya. Sifat penyayang yang semulajadi akan membuatkan dia menjadi lelaki idaman untuk semua wanita.

7. Anak sulung lelaki itu pendengar yang baik.

Sejak kecil, anak sulung selalu bersedia untuk adik-adiknya untuk mendengarkan keluhan mereka. Dia tidak merasa bosan sekalipun harus mendengarkan cerita adiknya yang berulang-ulang. Watak pendengar yang baik jelas termasuk dalam kriteria suami idaman anda kan?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,770 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen