4 Cara Kenali Bakal Pasangan Hidup Tanpa Anda Perlu Bercinta!

 

Mungkin pada zaman sekarang kita jarang mendengar pasangan yang mendirikan rumah tangga tanpa menjalin kasih terlebih dahulu. Istilah ' couple ' sering kita dengar di kalangan remaja dimana ia adalah tempoh untuk mengenali pasangan dan seterusnya membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.



Namun, dalam Islam tiada istilah ' couple ' dan perkara tersebut dilarang sama sekali kerana ia boleh membawa kepada perkara maksiat atau perkara yang dilarang dalam Islam. Namun Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan iaitu mengenali calon pasangan hidup, melalui proses yang sering disebut taaruf.

Persoalannya, bolehkan cinta muncul dalam taaruf yang begitu singkat ini? Hanya memandang sudah mampu membuatkan seseorang jatuh cinta? Apa yang harus diungkapkan kepada calon pasangan ketika taaruf? Untuk mengenali calon pasangan hidup dengan lebih mendalam, jom kita lihat 4 cara kenali bakal pasangan hidup tanpa perlu bercinta!

1. HARAPAN DAN PRINSIP HIDUP.

Warna kehidupan kelak ditentukan dengan visi dan misi suatu keluarga. Terutama si suami kerana dia adalah qowwam dalam suatu keluarga. Sebagai pemimpin dia laksana nakhoda sebuah bahtera. Oleh itu, setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing.



Pertanyaan tidak harus diiringi dengan kata-kata sedemikian rupa seperti, 'Jika awak menjadi isteri saya nanti, harapan saya semoga kita semakin dekat kepada Allah', atau, 'Jika awak menjadi isteri saya nanti, mari bersama mewujudkan keluarga sakinah, rahmah dan mawaddah.'

Kita boleh menggunakan bahasa yang lebih verbal, seperti, 'Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti'. Bahasa ini lebih sopan dan tidak menunjukkan harapan terlebih dahulu. Segalanya masih banyak kemungkinan.

2. KEADAAN KELUARGA.

' Pilihlah calon suami / isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat ' -Hadis Riwayat Abu Daud

Jelaskanlah kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Misalnya tentang berapa jumlah saudara kandung kita, anak ke berapa, bagaimana tahap pendidikan, pekerjaan dan lain-lain. Perkara ini untuk melengkapkan informasi mengenai calon pasangan kita. Dari informasi ini anda boleh mengetahui siapakah calon-calon pasangan hidup anda. Bagaimanakah latar belakang keluarganya dan perkara-perkara lain yang penting untuk anda ketahui.



3. KETAKWAAN PASANGAN.

Ketakwaan disini bermaksud ketaatan kepada Allah. Ini kerana, apabila seorang lelaki itu senang, dia akan menghormati isterinya, dan jika dia tidak menyenanginya, dia tidak akan berbuat zalim kepadanya. Tetapi bagaimana caranya menilai lelaki itu bertakwa atau tidak?

Tanyakan kepada orang-orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, saudara atau sahabatnya tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang telah menjadi rukun Iman dan Islam dengan jujur. Contoh ketaatan misalnya tentang solat 5 waktu, puasa Ramadhan, atau pula bagaimana sikapnya kepada jiran tetangga atau orang yang lebih tua, dan lain-lain. Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin melakukan ibadah sunat, nampaknya tidak perlu ditawar-tawar lagi untuk dipilih menjadi pasangan hidup.



4. PERKARA YANG DISUKAI DAN TIDAK DISUKAI.

Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Sehingga nanti pada saat telah menjalani kehidupan berumahtangga dapat saling memahami, kerana telah dijelaskan dari awalnya. Dalam pelayaran bahtera rumah tangga perlu saling mengerti. Contoh paling mudah, isteri yang suka masakan pedas, sesekali masakannya janganlah terlalu pedas, kerana suaminya kurang suka.

Suami yang memang tidak suka berkemas kerana lama menjadi bujang, setelah berkahwin mungkin boleh belajar lebih kemas. Semua ini menjadi mudah dilakukan kerana telah dijelaskan dalam taaruf. Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum berkahwin.

Perubahan sikap dan keperibadian dalam tahap tertentu adalah sangat wajar. Juga hendaknya perubahan yang terjadi adalah natural, dan tidak saling memaksa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen