Cara-Cara Menjalinkan Hubungan Cinta Yang Diredai Allah, Pastikan Ikut Cara Ini!

 

Dalam Islam, hubungan cinta bagi mereka yang belum mempunyai ikatan yang sah perlu dititikberatkan agar tidak tersasar dari ajaran Islam. Tidak salah untuk mengenali antara satu sama lain bagi seorang wanita dan lelaki namun ia perlu dilandasi dengan batas-batas agama.



Perlu diingat, setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan menjadi orang ketiga. Acap kali kedengaran kes khalwat yang semakin berleluasa. Perlu juga diketahui bahawa khalwat itu bukan pada fizikal saja, tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi (badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).

Oleh itu, hubungan cinta yang dijalin perlulah berlandaskan agama dan mendapat keredaan Allah SWT. Jom kita lihat 5 cara menyulam kasih atau percintaan yang diredhai oleh Allah!



1. JAGA BATAS PERGAULAN.

Jaga jangan sampai bersentuhan, tangan dan badan bergesel-gesel nanti menaikkan nafsu syahwat. Besarnya dosa bersentuhan seperti sabda Rasulullah:

' Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu '

(Hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi).

2. BUKAN KERANA NAFSU SEMATA-MATA.

Jangan saling mengurat dan menggoda dengan bertentang mata nafsu. Bukan tak boleh tengok pasangan tapi merenung yang diikuti dengan nafsu bakal diiringi panahan syaitan.

Seperti sabda nabi: ' Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya'. (Hadis riwayat at-Tabrani dan al-Hakim).



3. TIDAK TERLALU BEBAS.

Tidak terlalu bebas hingga menjadi pendorong kepada perbuatan zina. Surah al-Israk ayat 32 menyatakan:

'Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.'

Berusaha menutup aurat dan menyembunyikan perhiasan serta dan kecantikan. Malah, bertunang juga bukan tiket untuk menghalalkan segalanya dalam perhubungan.

4. MENJAGA AURAT.

Apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat, baik lelaki mahupun wanita. Ianya adalah untuk memelihara diri dari perbuatan zina. Akibat berzina amat buruk kerana melanggar hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud:

'Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat'.
(Surah al-Israak ayat 32)

5. SOLAT ISTIKHARAH.

Mereka yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti. Selepas keputusan dibuat, teguhkan azam dan terus bertawakal sebelum menguruskan lamaran dengan memilih wakil yang baik untuk meminang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,668 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen