Cara Solat Dhuha Yang Mudah, Ringkas & Betul. Dengan Doa!

 

CARA SOLAT DHUHA.

Adakah anda sedang baca artikel tentang cara solat dhuha di pejabat? Tentu sekali anda ialah seorang pekerja yang baik berdedikasi. Pasti disayangi oleh pentadbir dan rakan-rakan sekerja yang lain. Atau adakah anda sedang membaca artikel tentang cara solat dhuha ini dari rumah? Jika anda seorang surirumah, bertuah sungguh suamimu. Sanggup luangkan masa yang sedikit, mencari ilmu tentang cara solat dhuha untuk mendekatkan diri pada Allah. Jika anda baca entri cara solat dhuha ini dari asrama atau hostel, kami yakin yang anda adalah seorang pelajar cemerlang. Susah mahu jumpa pelajar yang bukan sahaja berjaga awal, tetapi ada inisiatif untuk mengerjakan solat dhuha. Tahniah kami ucapkan!

 

 

 

Teks untuk gambar di atas adalah seperti berikut:



Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:

 

 

“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”.

1. Lafaz Niat Solat Dhuha.

 

“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha.



2. Doa selesai solat Dhuha.


 

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,873 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen