Kenapa Begitu Susah Untuk Anda Bertemu Jodoh? Ketahui 5 Sebab Ini.

 

Kenapa begitu susah untuk anda bertemu jodoh? Mengapa perkara ini berlaku? Berikut kami sertakan beberapa perkara yang menyebabkan anda sukar bertemu jodoh.



1. Tidak bersungguh-sungguh.

Jika tidak bersungguh-sungguh kemungkinan untuk bertemu jodoh adalah rendah. Peribahasa melayu ada mengatakan “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”. Peribahasa ini memberi maksud setiap apa yang dikehendaki perlulah disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh lebih-lebih lagi soal jodoh. Biasanya mereka yang tidak fokus dan bersungguh-sungguh ini hanya kerap mengatakan mahu berkahwin atau mahu bertemu jodoh. Namun begitu, tiada usaha yang jelas dari mereka untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

2. Terlalu memilih dan kriteria yang sangat ketat.

Tidak salah memilih kerana setiap manusia mahukan yang terbaik untuk diri sendiri tetapi janganlah sehingga meletakkan syarat yang terlalu ketat. Sebagai contoh pasangan hidup mestilah seorang doktor atau juruterbang ataupun perlulah sangat arif dalam bab agama. Tidak salah jika anda mahukan perkara tersebut tetapi jika ada lelaki atau perempuan yang baik agamanya dan tidak ada kurang mengapa anda tidak cuba untuk menerima mereka. Selain itu penting juga untuk ukur baju di badan sendiri ataupun aspek sekufu semasa mencari pasangan hidup.



3. Usaha yang salah dan kurang berdoa.

Berganti-gantian pasangan dan hubungan yang tidak serius ke arah perkahwinan merupakan contoh usaha yang salah semasa mencari jodoh. Terdapat banyak medium yang menyediakan sistem yang patuh syariah dalam mencari jodoh sebagai contoh BaitulMuslim.com. Mereka menyediakan platform yang mengumpulkan calon-calon yang serius mahu bertemu jodoh di sebuah website dan memudahkan calon-calon yang mendaftar bertemu jodoh mereka. Selain itu niat dan doa juga merupakan perkara yang penting semasa mencari jodoh. Jodoh juga merupakan salah satu daripada rezeki dari Allah, maka berdoalah dan minta bersungguh-sungguh. Insya-Allah, semoga doa yang ikhlas dan tidak pernah putus asa daripada anda diperkenankan oleh Allah dan dikurniakan jodoh yang serasi.

4. Terlampau selesa membujang.

Sebahagian daripada mereka yang sukar bertemu jodoh bukanlah disebabkan mereka betul-betul sukar bertemu jodoh tetapi mereka sendiri yang terlalu selesa membujang. Mereka menganggap perkahwinan merupakan tanggungjawab yang besar dan akan menyusahkan mereka. Biasanya mereka juga tidak melihat keperluan untuk berumah tangga. Perlu diingat, berkahwin merupakan satu sunnah dan jika dilakukan, besar ganjaran yang disediakan oleh Allah S.W.T. jika ikhlas hanya kerana-Nya.



5. Tiada daya penarik.

Fitrah manusia sukakan kebersihan dan kecantikan, perkara ini memang tidak dinafikan. Kadang-kadang ada di antara kita mengabaikan aspek kebersihan dan kekemasan diri. Penting untuk selalu kemas dan bersih lebih-lebih lagi jika di hadapan tempat awam di mana ramai yang memerhatikan anda. Tidak perlu bergaya dengan pakaian yang mahal-mahal, cukup hanya baju bergosok, rambut berminyak dan juga memakai sedikit wangian.

Kesimpulan.

Setiap daripada kita memang telah ditetapkan jodoh, sama ada cepat atau lambat. Apa yang dituntut adalah kita berusaha sebaik mungkin tanpa mengenal erti putus asa dan berdoa kepada-Nya. Niatkan bahawa anda mahu mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. dan ingin beroleh keredhaan Allah S.W.T. dalam hidup. Insya-Allah, setiap doa pasti didengari-Nya.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,570 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen