Selain Dapatkan Keberkatan Ketika Memasak, 11 Amalan Ini Boleh Bantu Wanita Lembutkan Hati Suami.

 

Kehebatan air tangan ibu mahupun isteri untuk insan yang dicintai yang didorong dengan perasaan kasih sayang pastinya mampu melembutkan hati suami dan anak-anak.



Ketika memasak banyak doa yang boleh isteri ataupun si ibu bacakan untuk kesejahteraan ahli keluarganya selain memperbaiki hubungan agar lebih akrab.

Malah hasil kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, tulus ikhlas dan penuh ceria bakal menghasilkan kerja yang berkualiti. Semoga hidangan makanan yang anda masak akan sentiasa diberkati Allah SWT di samping anda miliki suami dan anak-anak yang mempunyai akhlak yang terpuji.

1. Ambil wuduk & solat sunat.

Ambil wuduk dan lakukan solat sunat sebanyak dua rakaat sebelum anda memulakan urusan untuk memasak.



2. Doa masuk ke dapur.

'Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.' (Surah Al-Kahfi, ayat 10)

3. Doa mengambil beras.

'Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.' (Surah An-Nahl, ayat 96)

4. Doa menyimpan beras.

'Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.' (Surah Ali Imran, ayat 27)

5. Doa memotong sayur-sayuran atau daging.

Nabi Musa menjawab: 'Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya'. Mereka berkata: 'Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar'. Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. (Surah Al-Baqarah, ayat 71)

6. Doa memotong sayur-sayuran.

'Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.' (Surat Al-Kautsar, ayat 1-3)

7. Doa meletakkan peralatan memasak di atas dapur.

'Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' (Surah Al-Baqarah, ayat 137)

8. Mulakan dengan bacaan Basmalah.

Setiap kali hendak memasukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

9. Cara mengacau lauk.

Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam iaitu dari arah kanan ke kiri mengikut sunnah Rasulullah SAW.

10. Basahkan lidah dengan berdoa.

Ketika memasak, sentiasalah membasahkan lidah dengan membaca doa.

'Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.' Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.' (Surah Al-Imran, ayat 200)

11. Sentiasa berzikir.

Untuk melazatkan masakan, sentiasa basah lidah anda dengan berzikir, berselawat dan beristighfar sepanjang melakukan proses memasak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,807 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen