6 Cara Nak Bagi Lelaki Sedar Akan Kehadiran Anda, Menurut Sains. Belum Cuba, Belum Tahu.

 

Okay, anda sukakan si dia tetapi malangnya si dia langsung tidak ‘perasan’ kehadiran anda. Friend dekat facebook sudah, follow dekat Instagram pun sudah, tapi masih tak ada-apa perubahan. Rasa kecewa sangat? Bagaimana caranya nak bagi si dia tahu akan kehadiran anda?



1. Ketawa bila si dia berjenaka.

Ketawa walaupun sebenarnya langsung tidak lawak? Mempunyai sense of humor adalah seksi untuk kedua-dua lelaki dan perempuan, tetapi dalam cara yang berbeza. Menurut kajian Mating Intelligence Unleashed, “Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka sukakan sifat lucu dalam diri pasangan mereka.” Di sini bermaksud wanita cenderung untuk memilih lelaki yang mampu membuatnya ketawa erti kata lain lelaki yang kelakar malah lelaki cenderung untuk memilih wanita yang ketawa pada jenaka mereka. Oleh itu, cuba tingkatkan daya tarikan ini jika anda ingin si dia ‘perasan’ kehadiran anda.



2. Play hard to get @ jual mahal.

“Kau ni kenapa terhegeh-hegeh macam tu sekali, jual mahal sikit”, biasa dengar dialog sebegini? Sekarang sains mengatakan anda perlu melakukannya juga. Dalam 59 Seconds: Change Your Life Under a Minute, penyelidik mendapati bahawa “stategi terbaik adalah dengan menunjukkan bahawa anda jenis yang sukar untuk dimiliki.” Satu lagi, anda kena ingat jual mahal bukan bererti sombong tetapi bijak mengawal perasaan dan anda tidak cepat melatah.

3. Beritahu si dia yang anda suka kepadanya.

Baiklah, jika anda sukakan seseorang itu, beritahu niat baik tersebut daripada tersimpan di hati yang langsung tiada orang tahu. Dalam buku How to Make Someone Fall in Love With You in 90 Minutes, Dr. Arthur Aron menjelaskan pentingnya untuk memastikan perasaan anda benar-benar jelas. “Jika anda bertanya kepada orang ramai tentang pengalaman mereka jatuh cinta, lebih 90% akan mengatakan bahawa faktor utama adalah mendapati pasangan anda itu ‘sukakan’ anda,” pendapat Aron.

4. Bercakap tentang hal peribadi dan emosi.

Dalam salah satu episod rancangan The Bachelor, Ben Higgins mengalakkan peserta wanita untuk lebih open dengan dirinya dan bercakap tentang soal emosi malah hal-hal peribadi. Dr Aron menjelaskan untuk temu janji seterusnya cuba mengenali pasangan anda, dengar setiap apa yang dikatakan dan menyampuk bila perlu juga dari situ boleh soal hal peribadi seperti “bagaimana hubungan si dia dengan keluarga”, “mungkin tentang hal kerja, yakni sedikit sebanyak boleh meringankan beban yang ditanggung” dan banyak lagi.



5. Flirt.

Dr Monica Moore, seorang ahli psikologi telah menjalankan penyelidikan mengenai tingkah laku untuk memikat si dia dan membuat kesimpulan bahawa “memberi reaksi melalui teknik menggoda yang asa seperti hubungan mata dan senyuman membuatkan si dia ‘perasan’ akan kehadiran anda.” Orang kata, dari mata turun ke hati. Sekali-sekala, pautan mata ketika berbicara dapat merenggut hatinya. Dan lirikan manja pula memberi tanda kepadanya yang anda berminat untuk berhubung dengan lebih serius.

6. Memakai kasut tumit tinggi.

Lelaki lebih mudah menerima wanita yang memakai kasut tumit tinggi, erti kata lain wanita feminin. Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior, kasut tumit tinggi meningkatkan daya tarikan wanita.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,553 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen