Dekatkan Jodoh Anda - Bahagian 1.

 

Apabila lelaki dan wanita itu telah mengetahui ciri-ciri yang boleh menarik perhatian pasangan masing-masing, maka sekarang adalah langkah seterusnya untuk memikat hati mereka:-



1. Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat.
Jodoh di tangan Allah SWT, namun kita wajib berusaha mendapatkannya. Gunakan pelbagai usaha dan ikhtihar yang dibenarkan syariat kemudian berdoa dan terus berdoa. Sertakan dengan tawakkal, insya-Allah mendapat jodoh yang diimpi.
 
Pada prinsipnya, doa kita akan dikabulkan oleh Allah SWT apabila kita berdoa sesuai dengan ketentuan-Nya sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT serta yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Namun demikian, walaupun kita sudah melakukan tatacara berdoa yang benar, ternyata hal-hal yang kita inginkan seringkali tidak menjadi kenyataan.
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-
 
“Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu dari tiga perkara iaitu; adakalanya diampuni dosanya, adakalanya, diberikan kebaikan segera (dikabulkan sesuai dengan permintaannya) dan adakalanya ditunda pengabulannya.” (HR al-Dailami)
 
2. Amati orang di sekitar anda.
Anda mungkin terlepas pandang dengan orang di sekitar atau yang hampir dengan anda. Mungkin mereka adalah salah seorang wanita atau lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman anda. Semua orang mempunyai jodoh yang dijanjikan Allah SWT. Lumrahnya, kebanyakannya jodoh kita terdiri daripada orang yang tidak jauh daripada kita, namun, masih ada kemungkinan seseorang itu berjumpa dengan orang yang jauh, seperti orang Malaysia bertemu dengan orang Mesir.



Tahap Pengabulan Doa.
 
Sebagai orang yang beriman, kita harus yakin bahawa hal-hal yang dianggap baik oleh kita, belum tentu baik bagi pula menurut Allah SWT. Oleh itu, pengabulan doa ini ada beberapa kemungkinan:-
  • Dikabulkan sesuai dengan permintaan dan doa kita
  • Dikabulkan hal-hal yang serupa atau sama taraf dengan apa yang diminta dalam doa kita
  • Dihindarkan kita daripada suatu bencana dan malapetaka yang sepatutnya menimpa kita
  • Diampuni dosa-dosa kita sebagai pahala dari doa
  • Ditunda pengabulan doa kerana tidak baik bagi kita jika doa itu dimakbulkan
  • Doa itu tetap akan dimakbulkan di akhirat

3. Tidak mudah patah semangat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

“Allah benci kepada orang yang patah semangat tetapi syaitan sukakannya.”

Kebanyakannya, orang yang berputus asa dalam memiliki jodoh mula membuat pelbagai tanggapan tentang jodoh. Tanggapan negatif yang asyik berlegar di minda hanya menyebabkan semakin sukar bertemu jodoh.

4. Mengisi hati dengan ibadah tertentu.

Setelah hati disucikan, kita perlu fokus terhadap tindakan untuk mempertahankan kejernihannya dengan ibadah tertentu. Ibadah-ibadah ini walaupun sedikit, tetapi mampu dilakukan secara ikhlas dan istiqamah, mampu menjadi benteng pertahanan terhadap seseorang untuk terus mengekalkan kesucian hatinya daripada dinodai selaput mazmumah. Firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.” (surah al-Mukminun 33:9-11)

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:-

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia akan berbahagia dengan kebahagiaan yang agung.” (surah al-Ahzab 33:70-71)



5. Menyayangi semua orang di sekitar.

Orang yang penyayang akan menarik orang lain sayang kepadanya. Semua orang di sekitar perlu disayangi dan dihargai agar kita mudah dihormati.

Sifat berkasih sayang adalah sifat yang sangat dianjurkan oleh Islam. Malah Allah SWT mengiktiraf bahawa setiap orang Mukmin itu bersaudara. Oleh itu, dahulukanlah pandangan kasih sayang dan berbaik sangka terhadap orang lain sebelum bersangka buruk dan membenci mereka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-

“Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu.” (HR Muslim)

6. Menyucikan hati.

Hati manusia sering dihinggapi dengan pelbagai penyakit mazmumah seperti benci, riyak, takkabbur, ujub, hasad, dengki dan sebagainya. Oleh sebab itu, hati perlu banyak bermuhasabah, bertaubat dan beristighfar serta memaafkan orang lain. Hati yang bersih akan memancarkan sinar ketulusan di wajah seseorang menyebabkan seseorang itu sejuk dipandang mata. Maka, mudahlah orang akan jatuh cinta terhadapnya.

7. Sentiasa bersedia bertemu pasangan pada bila-bila masa.

Tanggapan pertama itu penting. Oleh sebab itu, persiapkanlah diri anda dalam keadaan kemas, bersih, wangi dan ceria walau di mana sahaja anda berada. Kita tidak dapat menolak kemungkinan bahawa di sesuatu tempat yang kita pergi itu mungkin menjadi tempat pertemuan pertama kita dengan bakal pasangan.

Allah SWT suka kepada keindahan kerana Allah SWT itu Maha Cantik dan Maha Indah. Jadilah hamba yang disukai Allah SWT dan sentiasa menitikberatkan  kebersihan dan kekemasan diri. Sesungguhnya, ia juga boleh mempengaruhi tanggapan orang lain terhadap keindahan ajaran Islam kerana diri kita sebenarnya adalah duta agama Islam setiap masa.

8. Cuba melengkapi ciri-ciri lelaki dan wanita idaman.

Perbaiki segala kelemahan dan bersyukur serta istiqamah dengan segala kelebihan. Cuba sedaya upaya memasukkan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau lelaki idaman ke dalam diri sendiri. Sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman, bakal pasangan kita juga turut mengimpikan hal yang sama. Maka, coraklah langkah bermula dengan diri kita sendiri untuk menjadi insan yang diimpikan oleh seseorang.

Contohnya, seorang perempuan perlu menjaga wajah dan bentuk badan kerana satu dunia mengiktraf bahawa kecantikan adalah faktor penting untuk menarik pasangan. Seorang gadis yang agak berisi dan gempal hendaklah cuba untuk:

  • Melakukan senaman secara istiqamah
  • Diet (pilih makanan)
  • Buat kerja dengan pantas
  • Kurangkan tidur dan rehat
  • Kurangkan santai dan bermalas-malas
  • Gerakkan dan sibukkan minda untuk sentiasa berfikir, bekerja dan mencari masalah untuk diselesaikan

Dengan cara-cara ini, metabolisme anda akan tinggi dan tenaga yang anda akan dapat daripada makanan akan terarah kepada tenaga otak dan tidak akan tersimpan di dalam otot-otot. Orang muda sememangnya mudah untuk memecahkan lemak.



Contoh bagi lelaki pula:

  • Bijak memilih fesyen dan warna yang sesuai
  • Pakaian dalam yang bersih terutamanya untuk solat
  • Memakai stoking yang tidak berlubang dan berbau
  • Menggunting rambut dan bercukur dengan rapi
  • Mengerat kuku tangan dan kaki
  • Memakai minyak rambut
  • Menggosok gigi dan elakkan mulut berbau
  • Bersederhana dalam serba-serbi
Wallahua'lam.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen