Perkahwinan Terbatal, Apa Perlu Kamu Buat Dengan Persiapan?

 

Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Persiapan perkahwinan hampir siap, baju sudak ditempah, perunding perkahwinan pun sudah bayar habis, serba serbi persiapan berjalan dengan lancar. Tiba-tiba perkahwinan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Apa perlu kamu buat dengan barang persiapan hari bahagia yang tak jadi berlangsung itu? Tak mungkin kamu nak simpan untuk masa akan datang.



Dekorasi Dulang Hantaran.

Jika penggubah dulang hantaran kamu berdegil tidak mahu pulangkan duit, cari bakal pengantin yang sedang mencari penggubah dulang hantaran dan cuba tawarkan pakej yang sudah kamu bayar kepada mereka. Setidak-tidaknya kamu dapat separuh dari jumlah yang telah dibayar.

Perunding Perkahwinan.

Untuk khidmat perunding perkahwinan yang kamu bayar untuk majlis kamu pula boleh kamu gunakan untuk perkahwinan yang akan datang. Katakan pada dia yang kamu masih berminat untuk menggunakan khidmatnya pada masa hadapan.



Persalinan Perkahwinan.

Helaian perkahwinan kamu semuanya sudah siap di tempah Cuma tak berkesempatan untuk memakainya. Kamu boleh jual di laman social dengan harga yang berpatutan, jika kena dengan yang berkenan adalah rezeki kamu untuk menjualnya.

Kami faham kamu tentu sedih kerana majlis tidak berjalan seperti yang dirancang. Jadi buat keputusan yang bijak untuk menangani setiap duit yang keluar untuk persiapan tersebut. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,603 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen