Ini Adalah Alasan Kukuh Tentang Pentingnya Panggilan 'Sayang' Pada Pasangan.

 

Dalam sebuah hubungan, pastinya banyak panggilan manja yang kamu berikan pada pasangan. Namun, panggilan 'sayang' tentunya yang paling lazim dan popular. Tak kurang juga dengan panggilan lain seperti baby, hubby, honey, tak kurang juga panggilan yang pelik dan lucu. Tapi, pernah tak terfikir kenapa kata ganti nama 'ketiga' ini digunapakai dan apa kesannya dalam hubungan korang? Menurut Elite Daily dalam penelitian yang dilakukan oleh Harvard Law School, panggilan yang punya unsur romantik dan lucu dikategorikan sebagai kata-kata yang positif yang memberi kesan terhadap perilaku dan keputusan yang dibuat oleh seseorang. Ia mewujudkan sebuah perasaan yang menyenangkan dan menenangkan dalam fikiran seseorang.



Walaupun nama panggilan yang kamu berikan kepada pasangan terdengar ganjil atau aneh, ia menunjukkan satu aras yang baik terhadap hubungan yang dimiliki oleh seseorang. Satu penelitian yang dilakukan oleh Elizabeth Landau menunjukkan bahawa nama panggilan sayang terhadap pasangan merupakan tanda sihatnya sebuah perhubungan itu.


 
Hasil yang positif mengenai panggilan sayang ini turut disokong oleh Pepper Schwartz dari University of Washington di Seattle. Dalam kajian yang dilakukannya terhadap 100 ribu pasangan, 76 peratus pasangan berpendapat mereka bahagia dengan gelaran dan panggilan sayang yang diberikan oleh pasangan mereka. Panggilan tersebut digunakan sebagai pengingat tentang kedekatan dan  betapa pentingnya hubungan yang mereka miliki. Hasilnya, mereka selalu bersama untuk saling melindungi dan mencintai.



Jadi, jika kamu hubungan yang dimiliki semakin sihat, romantis dan menyenangkan, cuba-cubalah lembutkan lidah untuk memanggil pasangan korang 'sayang' selepas membaca artikel ini. 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,551 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen