Kamu Suka Menyendiri? Kamu Mungkin Ada Masalah Mental.

 

Adakah kamu termasuk kategori orang yang suka menyendiri? Awas! Kamu mungkin sedang mengalami masalah gangguan psikologi. Menyendiri atau dijauhi daripada dunia sosial berlaku disebabkan perasaan malu ataupun kurang yakin pada diri sendiri. Perkara ini sangat serius dan harus diubati. Keluarlah daripada dunia kesepian dan kembalilah menjadi orang baru. Kata orang, lupakan yang lama dan buka episod baru dalam hidup. Pilihannya ada pada kamu! Berikut cara-cara untuk mengatasinya.

 
Positif.

Seseorang yang memiliki perilaku serta pemikiran yang positif akan dapat dilihat pada sisi dirinya dan dirasai kewujudannya oleh orang lain. Melalui peribadi yang positif, kamu akan lebih mudah untuk mencapai kejayaan dan seterusnya dapat membentuk reputasi yang lebih baik. Siapa yang tidak suka mendampingi rakan yang memiliki pemikiran yang positif kan? 
 
Ikhlas.

Berbicaralah dengan jelas, ikhlas dan penuh keyakinan. Lontarkan nada suara yang betul supaya ia lebih enak untuk didengar dan kelihatan lebih friendly. Elak berbicara terlalu cepat atau menggunakan intonasi nada yang terlalu perlahan. Dengan ini pasti orang lain akan rasa seronok untuk berbual denganmu.

 
Fokus.

Fokuskan kepada orang yang sedang berbicara denganmu kerana itu adalah cara paling mudah untuk menjalinkan sebuah perhubungan. Perhatian yang ditunjukkan kamu pasti akan membuatkan orang merasa dihargai dan dihormati oleh kamu. Tetapi janganlah pula sampai kamu merenung tajam matanya terus kerana ia akan membawa persepsi yang negatif
 
Terbuka.

Seseorang yang berfikiran terbuka terhadap idea-idea baru tidak hanya memiliki kemampuan untuk mengembangkan diri sendiri. Bahkan kamu juga boleh meningkatkan keyakinan pada diri sendiri dan orang yang mendampingimu. Wake up girl! Usah biarkan orang menjauhi kamu di sebabkan narrow minded kamu itu.

 
Senyum.

Rahsia kejayaan mantan Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt adalah murah senyuman. Oleh sebab sering tersenyum, dia diberi jolokan ‘milliondollar smile’. Senyum dan janganlah asyik bermuram sahaja. Rakan kamu pun takut mahu tegur nanti. Senyum adalah tanda awal sebuah perkenalan.
 
Fikiran.

Seseorang yang disukai ramai biasanya mempunyai pertimbangan dan pemikiran yang matang sebelum memulakan bicara. Kematangan dan kedewasaan kamu dapat memperlihatkan sisi positif dalam dirimu. Bijak mengatur bicara dan perbuatan menjadikan dirimu disenangi ramai. Ciri ke anak-anakan tidak sesuai lagi buatmu kerana ia kelihatan sangat menjengkilkan.  
 
Jujur.

Jadilah seseorang yang tidak berpura-pura atau sengaja untuk disukai. Kebanyakan orang yang disenangi ramai akan menghampiri orang dengan cara memuji dengan jujur dan memberi kesempatan untuk berbicara mengutarakan pendapatnya. Jangan terlalu merendah diri sehingga terlihat akan kelemahan dan kekurangan dalam dirimu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen