Penting Untuk Tahu Tip Ini Kalau Nak Kahwin Dengan Orang Jawa.

 

Bertemu jodoh dengan pasangan yang berlainan negeri pastinya memberi satu kejutan budaya buat diri anda. Maklum sahajalah lain keturunan, lain pula adat dan budayanya.

Bagi yang bakal bertemu jodoh dengan orang Jawa, pastikan anda hadam dahulu perkongsian daripada Nur Najihah Muhaimin ini.



Katanya, " Kahwin dengan orang Jawa best. hehe"

Jia terfikir nak tulis pasal ini sebab suami Jia menerima kejutan budaya Jawa, selepas dia kahwin dengan Jia. haha. Itulah lain kali survey, research betul-betul. Ingat kahwin tu kahwin dengan individu. Kita kahwin ini, kahwin dengan segala mak nenek budaya, bahasa, pekan, dsb 😂😂😂 Walaupun Jia bukanlah pandai cakap Jawa tapi Jia bangga jadi wong jowo 😉

TETAMU.

Meh Jia cerita, orang Jawa sangat friendly dengan tetamu. Kalau korang datang bertandang rumah orang Jawa, tak sah kalau tak hidang makanan, minuman. Kalau sempat memang diorang akan masak makanan berat. Orang Jawa sangat menjaga tetamu.

Even Jia yang bertandang kat rumah embah sendiri pun, embah akan hidangkan teh dan segala mak nenek makanan 😂 Tak cukup dengan tu, selalunya diorang bagi ole-ole. At least kerepek, air kotak ke, agar-agar ke.



BARAAN.

Bukan bara api ok! Baraan ini rombongan raya yang selalunya dilakukan oleh lanang (lelaki-lelaki) di kampung-kampung Jawa. Satu rombongan tu ada 30-50 orang.

Orang Jawa dah prepare awal-awal untuk baraan ini. Selalunya rumah orang Jawa, time raya ada 2-3-4 buah set meja makan yang dihidangkan dengan kuih raya. So masa raya tak lah korang berebut nak makan kuih raya.

Orang Jawa ini akan pergi ziarah hampir setiap ahli keluarganya. Dari sepupu-2 pupu, embah saudara, dan sebagainya, semuanya korang kena ziarah. Orang Jawa sangat menjaga silaturahim (kot) 😅

KENDURI.

Kenduri ini jauh-jauh macam mana pun, mostly orang Jawa akan cuba datang. Lagi-lagilah kalau saudara mara. Termasuklah kematian.

Oh ye lepas kenduri kahwin, ada kenduri sum-sum. Kenduri ini tanda kesyukuran yang kenduri pertama sudah selesai dan kenduri ini untuk sukarelawan kenduri yang telah bekerja. Kenduri ini lebih kecil dari kenduri kahwin tetapi masih sangat meriah.

Suami Jia terkejut bila ada kenduri sum-sum. Dia ingat kenduri 'cikai-cikai' kot. 😂😂😂



MINTA MAAF

Time raya korang akan dengar orang Jawa cakap camni :

"Jalok ngapuro seng akeh-akeh"
Lebih kurang maksudnya : minta maaf zahir batin la.

Diorang kalau minta maaf, peluk sakan sampai nangis taw. Ini bukan drama ok. Ini serius ! 😁

Itu je la Jia nak share. Lepas ini Jia nak try speaking in Jowo. Tok gurunya embah wedok la 😂😂😂 embah gelak je Jia cakap jawa. Itulah bapak tak ajar masa kecil-kecil, kan dah keras lidah.

Good luck taw siapa yang nak kahwin dengan orang Jawa! Kahwin dengan orang Jawa best. hehe..

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,370 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen