Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank 10 Tahun.

 

Tuan mempunyai pilihan.

1) Terus buat majlis perkahwinan seperti hari ini.

2) Membentuk budaya baru majlis perkahwinan yang lebih ‘mampu-buat’.



Sekiranya poket kita “dalam”, tiada masalah untuk buat cara kenduri kahwin yang kita suka. Apa yang mengundang kebocoran wang yang banyak di kemudian hari adalah apabila kita membuat kenduri kahwin di luar kemampuan sehingga terpaksa bergolok gadai & berhutang keliling pinggang.

Ambil Personal Loan Untuk Kahwin?

Tu dia.

Anggaran hantaran perkahwinan di Malaysia.

Itu baru hantaran. Belum kenduri dan benda-benda lain.

Bercinta dah lama, habis belajar sahaja si lelaki dah kena masuk meminang. Budak baru habis belajar, kerja pun belum tentu ada nak kikis duit di mana?

Jadi bila habis kerja, sesuai dengan kerja (nampak) besar maka kenduri pun perlu (nampak) gah. Maka anak muda itu tadi terpaksa lah menebalkan muka ke bank untuk mendapatkan “bantuan perkahwinan.”

Majlisnya satu hari, bebannya 10-15 tahun. Duit gaji habis bayar hutang. Adakah satu hari nanti kita akan mengehadkan kenduri kahwin anak hanya kepada kenalan rapat & ahli keluarga terdekat sahaja? Jemput 100 orang cukup.

Urus duit gaji dari sekarang. Jika tiada duit, jangan beli dengan kad kredit. Jangan beli kereta dulu. InsyaAllah, dapat kahwin tanpa perlu jadi hamba bank.



Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank Selama 10 tahun.

Apabila kos perkahwinan hari ini mencecah RM 50,000 maka majoriti bakal pengantin terpaksa berhutang dengan bank sehingga 10-15 tahun. Dengan kadar pembiayaan peribadi sekitar 5% setahun, setiap hutang RM 50,000 menyebabkan kita kehilangan aliran tunai sebanyak RM 600 sebulan selama 120 bulan. Seterusnya membayar balik kepada bank sehingga RM 72,000.

Benar, berkahwin & membuat kenduri perkahwinan itu satu sunnah namun Nabi saw tidaklah mengajar kita untuk membuat sesuatu di luar kemampuan sehingga membebankan kita. Baginda saw menyarankan agar kenduri kahwin ini dibuat walaupun hanya sekadar seekor kambing. Nak tunjuk, kenduri itu sunnah dan buat kecil-kecil pun tidak mengapa. Dalam masyarakat kita, kenduri seekor kambing mampu menjamu dari 60-100 orang.

Budaya Kahwin di Malaysia.

Hidup selepas kahwin adalah lebih utama. Apabila anak-anak muda yang mahu berkahwin dapat mengelakkan dari membuat pembiayaan peribadi sebesar RM 50,000 mereka bakal mempunyai aliran tunai sehingga RM 600 sebulan. Jika mereka mampu bayar kepada bank RM 600 sebulan, sebenarnya mereka juga mampu menyimpan sebanyak itu setiap bulan.

Justeru, dengan aliran tunai sebanyak itu bakal pengantin mempunyai 2 pilihan mudah.



1. Menyimpan RM 600 sebulan selama 7 tahun.

Hasilnya dianggarkan seperti berikut:

Tabung Haji (5%): RM 61,553.58
ASB (8%): RM 69,383.72

2. Memulakan pelaburan hartanah setiap sendiri.

Suami beli satu. Isteri beli satu.

Selepas 7 tahun berkahwin, rumah tersebut dapat terus disewakan atau dijual dengan keuntungan. Seterusnya mereka dapat bergabung membeli rumah yang lebih besar dan yang lebih sesuai untuk membentuk ‘Rumahku Syurgaku’.



Anak Muda Mesti Kumpul Aset.

Kumpul aset secepat mungkin.

Bukan hutang kereta.
Bukan hutang rumah (untuk diduduki).
Bukan hutang peribadi (untuk berkahwin).

Barulah duit kita bekerja keras untuk kita dan bukannya kita bekerja keras untuk bank. Dalam situasi hari ini, penyakit kewangan anak-anak muda di Malaysia bermula sejak mereka mula bercinta lagi. Urus duit gaji dengan orang yang kita sayang. Mulakan perkahwinan dengan kaki kanan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,552 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen