Kenali 10 Jenis Pasangan Psiko Yang Mungkin Korang Pernah Date.

 

Manusia kalau sudah jatuh cinta memang boleh dikatakan apa sahaja yang dilakukan oleh pasangan mereka pasti ada saja yang tak kena. Pantang si lelaki/perempuan keluar sekejap bersama rakan-rakannya, mulalah fikiran tu jauh melencong fikir yang bukan-bukan. Setakat timbul rasa sangsi tu boleh diterima lagi, ini ada pula yang bersikap negatif sehingga bertindak di luar kawalan. Ada yang mengatakan individu yang bersikap seperti ini tergolong dalam golongan psiko. Ha, biar benar? Istimewanya kali ini, KAMI nak kongsikan dengan korang 10 tanda pasangan anda jadi psiko apabila jatuh cinta.



1. Setiap minit anda akan minta pasangan untuk update aktiviti mereka.

Bila si boyfriend/girlfriend keluar rumah, telefon bimbitnya tak henti-henti berdering dengan panggilan teks whatsapp daripada anda. Selagi tak reply message tersebut, maka hadaplah mereka dengan deringan telefon sepanjang hari.

2. Membebel tidak kena pada waktu.

Jika anda lewat pulang ke rumah, mulalah pasangan anda ni rasa tak senang duduk dan ingin cari tahu kenapa anda masih tidak pulang-pulang lagi. Maka selepas itu, sila tadahkan je la telinga mendengar pasangan anda membebel.



3. Kerap menipu.

Individu psiko sangat suka bercakap bohong. Paling teruk apabila anda sudah bersiap untuk keluar bersama rakan, pasangan anda akan menelefon dan berpura-pura menangis seperti mempunyai masalah yang besar. Semuanya dilakukan kerana inginkan perhatian dan menghalang anda daripada keluar bersuka ria bersama teman lain.

4. Karakternya persis Dr. Jekyll dan Mr. Hyde.

Dalam melemparkan senyuman yang manis, mungkin sahaja sekelip mata dia boleh bertukar kepada mood ‘gila’nya. Menangis atau marah secara tiba-tiba. Sama seperti karakter novel Dr. Jekyll dan Mr. Hyde, pasangan yang psiko ini mempunyai dua karakter yang berlainan.

5. Tidak bertanggungjawab.

Setiap kali berlakunya pertelingkahan dan salah faham, pasangan anda sering menuding jari untuk menyalahkan anda dan sama sekali tidak bertanggungjawab dengan segala apa yang terjadi. Jika anda berhadapan dengan pasangan seperti ini, hentikanlah perhubungan bersama dia dengan segera.

6. Online stalker.

Ini yang sering berlaku hari ini. Ada pasangan yang meminta password media sosial boyfriend/girlfriend mereka kerana ingin melihat setiap aktiviti di media sosial. Jika pasangan like gambar lelaki/perempuan lain, mulalah meroyan tak tentu pasal.



7. Dahagakan perhatian.

Setiap manusia memang suka kan perhatian. Namun begitu, apabila sudah sampai satu tahap yang keterlaluan, ia boleh menjadi kepada sesuatu yang merengsakan. Hal ini boleh menyebabkan anda sukar untuk keluar bersendirian meluangkan masa bersama teman rapat. Sepertinya pasangan anda inginkan anda bersamanya 24 jam sehari.

8. Drama King/Queen.

Pasangan seperti ini nampaknya lebih pandai berlakon. Jika rakan-rakanya mengatakan kepada anda yang boyfriend/girlfriend anda perlukan perhatian, hati-hati guys. Ini mungkin sahaja helah mereka berpakat dengan rakan-rakan yang lain untuk kena kan kamu.

9. Ugutan mencederakan atau bunuh diri.

“Jika awak tinggalkan saya, saya kan bunuh diri”. Ya, ungkapan ini sering kali berlaku pada tahap si pasangan sudah mula tidak dapat mengawal diri.  Sekiranya dia benar-benar terluka, dia sanggup memberi ancaman ingin mencederakan dirinya jika anda tinggalkannya.

Ish ish..



10.    Bermuka-muka.

Jika berada di tempat umum, koranglah pasangan paling bahagia sedunia. Kelihatan mesra di depan orang ramai tetapi hakikatnya apabila berdua-duaan bersama pasangan, karakter si dia bertukar 360 darjah dan dia mula menunjukkan sikapnya yang sebenar.

Seriau juga bila melihat situasi-situasi pasangan psiko ni. Agak-agaknya kenapa mereka boleh jadi sampai macam ni ya? Adakah kerana terlalu sayang dan ingin melindungi pasangan sehinggakan mereka sanggup bertindak sedemikian?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen