7 Sebab Ada Lelaki Yang Sanggup Kahwini Wanita Tanpa Rasa Cinta.

 

Pasangan kekasih yang mendirikan rumah tangga dilihat adalah sesuatu perkara yang normal dalam kehidupan. Siapa tidak mahu menjalin ikatan yang sah bersama orang yang dicintai? Namun, lain pula bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan tanpa rasa cinta. Seperti yang dikongsi disini, ada juga lelaki yang bersetuju untuk mendirikan rumah tangga tanpa sedikit pun rasa cinta dalam hati. Agaknya kenapa mereka bertindak sedemikian ya? Berikut merupakan 8 yang mungkin lelaki bernikah tanpa perasaan cinta.



1. Dijodohkan orang tua.

Walaupun sudah mempunyai kekasih hati, ada juga lelaki yang terpaksa meninggalkan buah hatinya kerana terpaksa mengikut permintaan keluarga untuk dijodohkan bersama orang lain. Hal ini kerana mungkin mereka bimbang kedua-dua ibu bapa akan berasa kecewa sekiranya permintaan mereka ditolak.

2. Tiada pilihan lain, namun usia semakin lanjut.

Penat diajukan soalan bilakah mahu mendirikan rumah tangga daripada orang sekeliling, namun hanya ada seorang wanita sahaja yang mahu menerima dia seadanya, boleh jadi dinikahi sahaja wanita tersebut, walaupun tanpa rasa cinta.



3. Serba salah kerana sudah terlalu lama berhubungan.

Alasan ini mungkin kedengaran aneh dan jarang didengar. Namun ia sering terjadi dalam konflik percintaan, wujud rasa bersalah di hati lelaki dan akhirnya membuat keputusan untuk menikahi wanita yang kini tidak lagi dicintainya. Contohnya, sudah terlalu lama menjalin hubungan, tetapi tidak sanggup untuk memutuskannya.

4. Demi perniagaan.

Wanita dijadikan isteri semata-mata digunakan untuk menguruskan perniagaan, sementara si suami berada di tempat lain. Jangan terkejut, situasi ini tidak mustahil berlaku pada anda.

5. Kasihan.

Seorang wanita yang tak pernah jemu mencintai dan terus mengemis cinta si jejaka setelah sekian lama, membuatkan lelaki tersebut berasa kasihan dan akhirnya mengambil keputusan untuk bernikah dengannya.

6. Biar ada yang urus.

Ada juga lelaki yang berkahwin semata-mata mahukan kehidupan yang lebih terurus, misalnya segala keperluan zahir dan batin akan menjadi teratur apabila berumah tangga kelak. Begitu juga lelaki yang berkahwin kerana mahukan bakal isterinya nanti boleh menguruskan kedua ibu dan bapanya.



7. Kerana harta.

Seperti yang selalu kita lihat di kaca televisyen, ia nya bukan lagi perkara yang mustahil. Boleh jadi berkahwin untuk memenuhi syarat yang dikenakan keluarga untuk mewarisi harta atau berkahwin kerana mahu menikmati harta bakal si isteri.

8. Demi kepuasan naluri.

Tanpa disedari, alasan ini merupakan penyumbang terbesar mengapakah lelaki boleh berkahwin tanpa rasa cinta. Kedengaran kejam, namun ini merupakan cara mereka memenuhi keinginan dengan cara yang sah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen