Selami Erti Perkahwinan Yang Sebenar.

 

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui suatu akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga sebagai suami isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.



Namun, kerana indahnya sebuah perkahwinan, ramai di kalangan kita yang lupa akan perkara-perkara asas berkenaan perkahwinan seperti makna perkahwinan, hukum-hukum di dalamnya, persediaan dan pelbagai lagi.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat disebut tentang perkahwinan yang ditujukan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya. Antaranya:



Firman Allah s.w.t 

'Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam). Dia (Allah) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan....'

Firman Allah lagi:

'Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang (lelaki dan perempuan) diantara kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dengan kurniaanNya, kerana Allah maha luas (rahmat dan limpah kurniaNya), lagi maha mengetahui.

'Selain itu, Rasulullah Salalhu 'Alayhi Wa Salam turut menyentuh tentang perkahwinan di dalam beberapa hadis baginda. Antaranya: 'Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:

Wahai kumpulan anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.'

Dijelaskan dalam hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi saw.

Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri daripada perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 492,849 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen