3 Panduan Menambat Hati Bakal Anak Tiri.

 

Sesebuah perkahwinan itu pasti mendatangkan rezeki dan keberkatan yang baru. Lebih indah kalau penyatuan itu memberi peluang kepada anak kandung dan anak tiri belajar berkongsi kasih sayang. KEPUTUSAN untuk menikahi pasangan yang pernah berkahwin dan mempunyai anak bukanlah satu perkara yang mudah. Ada banyak perkara perlu diambil kira sebelum perhubungan itu dimaktubkan. Apatah lagi jika seseorang wanita itu bakal bergelar ibu tiri kepada anak-anaknya yang baru. Sebagaimana wanita itu mahu menyayangi suaminya, sebegitu jualah dia harus jujur dan ikhlas menyayangi anak-anak tirinya. Bagaimana menjadi ibu tiri yang baik sambil mengajar anak kandung dan anak tiri agar saling berkasih sayang?



PANDUAN 1.

Menyayangi Mereka Dengan Ikhlas.

Walaupun bukan anak kandung, wanita perlu menyayangi anak-anak tirinya sebagaimana dia mengasihi anak kandungnya. Tidak semestinya memanjakan. Cukuplah kasih sayang dan layanan yang adil lagi sama rata.

PANDUAN 2.

Bersabar Dalam Memenangi Hati Anak Tiri .

Wanita tidak perlu terburu-buru untuk memikat anak tiri. Jangan paksa mereka menerima kehadiran anda. Dekatilah dengan sabar dan istiqamah. Lama kelamaan kasih sayang akan subur dengan sendirinya.



PANDUAN 3.

Komunikasi yang Jujur dan Terbuka Dengan Suami.

Apabila berkomunikasi dengan suami, wanita haruslah bersikap jujur, terbuka dan tidak menyembunyikan apa-apa perkara yang tidak sepatutnya. Bertanyalah kepada pasangan dan mintalah nasihat tentang sikap dan pendirian anaknya kerana suami lebih mengenali anak kandungnya.

Menjadi ibu tiri tidak mudah, tetap besar pahalanya kerana ibu tiri mampu mencantumkan dua hati dan menyambung kasih sayang dua beradik yang lahir daripada ibu atau ayah yang berbeza.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen