Elak Gaduh Lama-Lama, Tetapkan 7 Peraturan Ini Dalam Rumah Tangga.

 

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Mustahil tiada langsung perselisihan faham berlaku di dalam rumah tangga. Perkara ini merupakan situasi yang tidak boleh dielakkan lagi.



Jadi, apa kata daripada membiarkan setiap sesi pergaduhan menjadi berlarutan, tetapkan peraturan yang dipersetujui bersama pasangan. Ini bagi menjamin anda dan pasangan masih berada dalam keadaan terkawal walaupun dalam situasi yang tegang.

1. Jangan bergaduh di khalayak ramai terutama di depan anak.

Bergaduh di hadapan orang lain hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, masing-masing akan berebut-rebut untuk menang berbanding mencari jalan untuk menyelesaikannya. Perlu diingat, jangan sesekali 'berperang' di hadapan anak-anak, kerana ini akan memberi impak negatif kepada mereka sehingga besar.

2. Jangan bergaduh melalui telefon.

Ini termasuk melalui aplikasi teks seperti whatsapp dan sebagainya. Ini kerana maksud yang ingin di sampaikan itu di salah erti. Sedikit salah faham sahaja mampu mencetuskan pergaduhan yang lebih serius. Lebih baik perselisihan faham diselesaikan secara face-to-face. Anda tidak hanya boleh menilai keikhlasan melalui kata-kata sahaja tanpa melihat perkara lain seperti nada suara, bahasa tubuh dan ekspresi muka pasangan.



3. Jangan tidur dalam keadaan marah. Tetap tidur di atas katil yang sama.

Seboleh-bolehnya cuba selesaikan perang anda dan pasangan sebelum masuk tidur. Tidur dalam keadaan marah menandakan tiada penyelesaian kepada perselisihan anda, seterusnya akan memanjangkan tempoh perang tersebut sehingga esok hari dan hari-hari berikutnya. Jadikan katil tempat anda berdua beradu sebagai 'fight free zone'. Sebesar mana pun perselisihan faham di antara anda berdua, anda akan tetap tidur bersama.

4. Ambil masa untuk 'cooling off'.

Masa bertenang membolehkan anda dan pasangan berfikir dengan waras dan rasional. Perkara ini boleh mengelakkan terjadinya perbalahan dengan nada suara yang tinggi seperti terjerit-jerit dan menengking. Anda berdua akan lebih cepat menyelesaikan perselisihan dalam keadaan bertenang dan rasional.

5. Jangan kongsi cerita gaduh anda dengan ibu, bff mahupun di media sosial.

Meluahkan atau menceritakan hal selisih faham anda kepada orang lain bukanlah jalan menyelesaikan masalah, lebih-lebih lagi dengan meluahkannya di laman sosial. Tanya diri sendiri, apakah tujuan anda berbuat demikian, mahu si dia kelihatan jahat dan anda baik?. Secara realitinya anda bukan sahaja tidak menghormati pasangan, malah membuka aibnya kepada orang lain.



6. Jangan menjerit-jerit atau mengeluarkan kata-kata kesat.

Semasa berada di dalam keadaan marah, kita sememangnya cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat, namun anda sendiri tidak suka jika pasangan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda bukan? Menjerit-jerit dan mencaci maki mungkin memberikan anda rasa puas, namun untuk seketika sahaja. Pernahkah anda terfikir jika cacian anda itu menjadi satu doa buat pasangan?

7. Cari jalan penyelesaian.

Semasa berada dalam situasi tegang tersebut, anda seharusnya sentiasa ingat matlamat utama adalah untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan sesekali fokus tentang salah siapa perkara ini terjadi. Anda perlu membuat keputusan tepat untuk bangkit daripada kekecewaan dan kemarahan untuk mencari cinta dan kekuatan.

Jadi, tetapkanlah 'Peraturan Gaduh Aman' anda bersama pasangan dan paling penting pastikan masing-masing mematuhi peraturan ini. Kalau perlu, tambah peraturan baru dari masa ke semasa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,470 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen