Anda Seorang Yang Pemalu? Ini 6 Cara Untuk Mulakan Perhubungan.

 

Anda merupakan seorang yang sangat pemalu. Rasa gagap, canggung, cemas atau lebih teruk lagi berpeluh apabila ada lelaki menghampiri anda. Anda rasa serba kelam-kabut atau kata lain menggelabah sangat bila lelaki tersebut baru nak mulakan langkah. Masalahnya bila anda terlalu malu, lelaki pun memandang pelik dan tidak menghiraukan anda.



Nah, mungkin 6 cara ini boleh bantu…

1. Cuba untuk bergaul dengan orang sekeliling.

Anda wanita janganlah duduk tersorok seorang diri. Cuba bergaul dengan orang sekeling, ringankan mulut berborak dengan orang sekeliling jadi anda tidaklah rasa awkward pula nanti. Jika anda keluar dengan rakan, bersosial dengan rakan.

2. Pilih pakaian yang betul.

Pakaian anda mampu membuatkan anda kelihatan lebih menarik, jadi cuba pilih sesuatu yang benar-benar serlahkan penampilan. Cuba dapatkan idea dari kawan atau tengok majalah, paling senang google fesyen yang sesuai. Pastikan juga anda apa yang anda pakai itu selesa, pakai pakaian yang sesuai untuk majlis yang betul. Bila bergaya pastikan anda selesa. Jangan sedang anda berborak dengan kawan, anda asyik tertarik-tarik skirt pendek yang anda pakai, nampak sangat tak selasa!



3. Tarik perhatian kaum lelaki di situ.

Walaupun bunyinya agak terdesak tetapi tak salah bukan. Bila anda sudah kenakan gaya yang menawan sudah pasti akan ada mata-mata yang memerhati bukan. Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Senyum ke arah mereka dan perhatikan mana yang anda berkenan. Jika anda tak suka, hiraukan. Bila lelaki berkenaan sudah berada di depan mata, jangan sesekali buat senyuman palsu. Anda perlu ingat lelaki perhatikan setiap inci perbuatan anda. Hati-hati!

4. Pastikan perbualan anda berdua berterusan.

Apabila lelaki tersebut meminati anda, sudah pasti dia akan puji penampilan, perhati, puji senyuman anda – kiranya pelbagai benda untuk tarik perhatian anda. Bila itu berlaku, tak apa untuk malu tapi jangan senyap seribu bahasa. Bila anda senyap itu hanya membuatkan lelaki tersebut berasa bosan dan berlalu pergi. Kesian sungguh! Cari tajuk yang mampu membuatkan anda dan si dia berborak panjang tanpa rasa jemu.

Ingatan: Bila berborak jangan jawab ya atau tidak – lagaknya seperti formal sangat.



5. Gunakan kecantikan anda.

Cuba ketika anda sibuk berbual, anda bermain dengan rambut dengan main hujung rambut atau flip rambut anda, tunjukkan rambut anda yang bersinar dan seksi itu. Ketawa bila si dia buat lawak, pandangan yang redup. Tapi perlu diingatkan jaga tatasusila, jangan terlalu mesra sehingga melebih-lebih pula.

6. Jangan terlalu cepat ‘jump to conclusion’.

Banyak wanita sebegini, bila rasa orang di depan anda begitu mesra dengan anda, terus harapkan hubungan yang serius berlaku. Jangan! Cuba berkawan dengan mereka, kenali hati budi bila rasakan si dia prince charming anda.

Hah, dah jelas? Sekarang cuba praktikkan. Semoga Berjaya!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,520 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen