Tips Beli Hadiah Lelaki, Nah Follow 5 Syarat Ni.

 

Orang cakap, nak cari hadiah perempuan memang ‘kacang’ tapi azabnya bila nak cari hadiah untuk si lawan jantina. Tak kisahlah untuk teman lelaki, abang, adik lelaki mahupun ayah anda, pasti sebagai perempuan anda bingung memikirkan apakah yang paling bertepatan untuk dijadikan bingkisan istimewa buat yang teristimewa.



Memanglah tak kisah berapa harganya, asalkan mempunyai nilai sentimental tersendiri. Biarpun tidak mengeluarkan duit langsung untuk mendapatkan hadiah tersebut apa yang dirisaukan adalah jika ia tidak dapat diterima dan mengembirakan hati si penerima.

Berikut adalah panduan membelikan hadiah untuk lelaki:-

Perlu tahu!

Lelaki Tak Suka “Surprise” Macam Perempuan.

Penulis tak cakap semua, tapi ada sesetengah lelaki malu dan rimas jika situasi di kelilingnya begitu rumit. Hence, make it simple!

Memanglah seronok jika anda berusaha keras mungkin membuat hadiah DIY menggunakan kepakaran dan kreativiti anda namun jika dia tak suka untuk menerimanya buat apa? Sia-sia kan?



Daripada anda perah otak buat perancangan kejutan atau buntu tak tahu hendak beli apa sebagai hadiah, ambil tahu dahulu tentang minatnya serta keperluan yang dibutuhkan si lelaki.

1. Utamakan Apa Yang Dia Nak.

Ambil tahu tentang hobinya, mana tahu dia perlukan alat bantuan lain seperti jika dia gemar fotografi mungkin dia perlukan tripod, aneka lensa kamera dan sebagainya. Jika dia banyak menghabiskan masa di pejabat dan sering tertekan dengan lambakan kerja, anda mungkin boleh hadiahkannya sekotak teh premium mahupun wangian aromaterapi untuk diletakkannya di meja pejabat.

2. Tak Perlu Fikir Susah-Susah.

Yup, rata-rata kita yang perempuan ni suka melebih-lebih walhal lelaki jenis yang “bantai aje”. Nah, jangan risau jika dia akan fikir yang bukan-bukan terhadap hadiah anda beri sebab lelaki tak serumit perempuan okay!

Perempuan suka menilai maksud tersirat dan tersurat hadiah yang diberikan kepadanya namun lain bagi lelaki kerana mereka anggap, less is more.

3. Perhatikan Apa Yang Mereka Suka Beli Untuk Diri.

Jika anda lihat teman lelaki selalu membeli cakera permainan video, cuba belikannya hadiah yang ada kaitan dengan permainan video. Perlu tahu, jika lelaki sanggup berhabis wang untuk hobinya, dia pasti hargai apa yang anda beri jika objek tersebut ada kaitan dengan hobi serta minat obsesinya.

4. Di Mana Mereka Banyak Luangkan Masa?

Jejaka idaman anda tu mungkin tak suka membeli-belah selalu, namun jika anda benar sayangkannya anda mesti tahu apa yang dia suka dan ke mana di selalu luangkan masa untuk melepak dan menghabiskan masanya. Salah satu cara untuk tahu tentang minatnya adalah berpandukan tempat yang sering dituju untuk meluangkan masa lapangnya. Bila sudah tahu, anda bolehlah mula cari hadiah yang berkaitan agar hatinya bertambah riang!

5. Beri Apa Yang Mereka Perlu.

Apa yang mereka perlu dan bukannya apa yang anda mahu. kalau mereka suka automotif tapi anda tak tahu sangat berkenaan topik itu, elak diri daripada membeli yang anda tidak arif kerana takut anda yang tertipu nanti. Jadi cuba kaji sedikit dan dapatkan benda lain yang dia suka tetapi kena dengan pengetahuan yang anda ada.



Contoh…

Perempuan lazimnya akan membeli apa yang dirasakannya menarik (menarik di mata sendiri tak semestinya menarik di mata lelaki). Jadi hati-hati agar hadiah anda itu dianggap useless.

Sebelum membeli, analisa dahulu bagaimana karakter dan cara hidup teman lelaki/ ayah/ abang atau adik lelaki anda tu. 👨

Analisa Kegemaran Individu.

1. Buat masa ini, ayah penulis tak perlukan apa-apa tapi sehelai baju kemeja mungkin membantu sebab kebelakangan ni dia banyak menghadiri acara keramaian seperti kenduri kahwin.

2. Ayah penulis jenis yang tak kisah… senang cerita dia memang sempoi habis.

3. Ayah penulis suka beli jam tangan, pakaian formal seperti kemeja dan seluar kemeja… Kadang-kadang kaca mata hitam pun boleh jadi.

4. Ayah penulis banyak habiskan masa di pejabat, melawat tapak pembinaan. Hujung minggu pula suka berbasikal atau mungkin memenuhi tentatif undangan ke kenduri-kendara. Paling tidak, akan keluar makan bersama keluarga atau berehat sahaja di rumah.

5. Ayah penulis ni memang peminat tegar jam tangan… berbelas jam tangan berjenama yang dikumpul kerana hobi dan gemar menggayakannya.



Solusi.

Berasaskan informasi analisa individu tadi, jom buat keputusan nak beli apa!

Baju memang cliche untuk dijadikan hadiah, lepas tu agak susah mencari saiz yang betul-betul padan dengan badannya. Jadi penulis nekad mahu mendapatkannya jam tangan.

Tapi kalau penulis hendak beli jam tangan yang mencapai ribuan ringgit memang tidaklah, mungkin penulis boleh gantikan jam tangan dengan kotak simpanan jam tangan melihatkan dia masih belum mempunyai kotak khas untuk mempamerkan koleksinya itu.

Selain kotak penulis nak hadiahkan sepasang kaca mata hitam baru agar boleh dipakainya ketika pergi melawat kawasan tapak pembinaan sewaktu matahari sedang terpacak tinggi. Well, Malaysia kan panas! Hadiah-hadiah ni pasti berguna dan dihargai ❤️

Sekarang dah faham caranya?

Semoga perkongsian tips ini berguna buat gadis-gadis dan wanita yang buntu di luar sana tu.

Selamat beramal!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,791 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen