Hikmah Pensyariatan Perkahwinan.

 

Antara hikmah disyariatkan berkahwin dalam Islam adalah :

1. Perkahwinan amat digalakkan oleh Islam dan juga bagi menuruti Sunnah Rasulullah.



2. Perkahwinan telah diharuskan oleh syara' demi untuk memelihara individu Muslim daripada terlibat dan tercebur pada perkara-perkara yang ditegah ataupun melepaskan nafsu mereka pada tempat-tempat yang haram.

3. Perkahwinan juga bertujuan untuk menjaga keturunan umat manusia daripada terus pupus dimana melalui perkahwinan maka akan lahirlah generasi baru dan keturunan juga dapat dikekalkan untuk selama-lamanya.



4. Ikatan perkahwinan dapat membentuk dan menjalinkan hubungan yang lebih intim bagi individu tertentu, merapatkan hubungan kekeluargaan anatara kedua belah pihak serta hubungan di antara anggota masyarakat akan menjadi lebih kukuh dan sempurna.

5. Melalui perkahwinan pasangan suami isteri dapat menyemai perasaan kasih sayang dan belas kasihan, tolong menolong dan bekerjasama, berkongsi segala masalah suka duka dalam mengharungi cabaran hidup serta lebih bertanggungjawab.

6. Perhubungan kelamin antara suami isteri adalah suatu amalan soleh dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,619 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen