Scary! 6 Cara Kenal Pasti Teman Lelaki Yang Obsesif.

 

Ya, teman lelaki kamu seorang yang sweet; dia ambil tahu sepenuhnya tentang diri kamu. Dia sering mengucapkan kata-kata kasih mesra pada kamu, dia prihatin pada masalah kamu. Pendek kata, dia ada ciri-ciri yang kamu cari selama ini; seorang teman lelaki yang romantis. Sehinggalah suatu hari kamu merasa sesak nafas dan rimas, dan menyedari kegilaannya terhadap kamu sebenarnya tidak sihat. Dia tahu di mana kamu berada, tanpa perlu kamu memberitahunya.



Ya Tuhan, adakah dia seorang stalker? Lebih parah lagi, adakah dia seorang yang obsesif?

Bagaimana kamu kenalpasti lelaki jenis ini?

1) Dia mahu ada hubungan serius dengan kamu secepat mungkin. Dia bawa kamu ke restoran mewah, melutut dan melamar kamu untuk mengahwininya….walaupun kamu baru saja berpacaran selama seminggu!



2) Dia seperti penyiasat peribadi. Dia mengekori setiap langkah kamu. Jika dia tak dapat lakukannya, dia akan tanya rakan karib kamu, saudara mara kamu, ahli keluarga kamu untuk tahu perkembangan kamu.

3) Perangainya yang tidak menentu. Pada satu masa, dia akan menjadi lelaki paling romantis yang pernah kamu kenal. Di masa yang lain, dia menjadi seorang yang panas baran atau mudah marah.

4) Dia sentiasa ingin berkepit atau sentiasa ingin bersama kamu. Dia hantarkan pesanan penuh ayat-ayat cinta pada kamu…..sepanjang hari! Dia ulang kali mengatakan dia menyintai kamu, dia tak dapat bernafas, makan atau hidup tanpa kamu. Dia menghubungi kamu setiap minit. Malahan dia mahu segera ada anak dengan kamu!

5) Dia kurang yakin apabila kamu tidak disampingnya. Apabila kamu keluar bersama rakan-rakan, dia akan menghantar 300 pesanan ringkas ke telefon bimbit kamu; semata-mata mahu kepastian samada kamu menyayanginya atau tidak. Dan bila kamu lambat membalasnya, dia tuduh kamu tidak cintakan dia.

6) Dia mahu tahu setiap pergerakan kamu. Dia akan tanyakan apa yang kamu sedang lakukan, di mana dan bersama siapa. Jika kamu lambat menjawap soalannya, dia akan tuduh kamu bersama lelaki lain.

Jika kamu jawap ‘ya’ untuk tiga atau lebih ciri-ciri di atas, teman lelaki kamu sah obsesif! Antara sebab-sebab teman lelaki kamu bersikap obsesif ialah:

– Dia pernah dikecewakan, dan tak ingin dikecewakan lagi.

– Kamu gadis idaman ramai jejaka, dan dia tak sukakan saingan.

– Dia merasa insecure atau kurang yakin, secara fizikal mahupun mental.



Setelah kamu kenalpasti ciri-ciri dan sebab mengapa dia jadi begitu, kamu kini boleh membantu emosi teman lelaki kamu. Jika kamu sayangkan lelaki ini, kami ada beberapa cara untuk mengurangkan kegilaan yang dia tunjukkan.

1) Berterus-terang kepadanya yang kamu perlukan ruang kamu sendiri. Kali pertama, mungkin dia kurang faham. Tapi teruskan lagi cara ini untuk beberapa kali, mudahan dia akan mengerti sendiri.

2) Sentiasa memberi pujian dan kata-kata manis kepadanya sebelum kamu keluar melakukan sesuatu yang menghalang kamu dari memberi respon segera kepada panggilan telefon atau pesanan ringkasnya. Ini untuk memberikan jaminan padanya yang kamu cuma cintakan dia seorang, dan dia tak perlu risau tentang keikhlasan cinta kamu



3) Sekali-sekala, jangan layan pesanan ringkas yang diberikan kepada kamu serta-merta. Beri masa sepuluh hingga lima belas minit. Begitu juga dengan panggilan telefon. Jangan terus jawap, walaupun dia kemudiannya akan menelefon kamu berulang kali. Jika dia tanya, katakan yang kamu sedang berbuat sesuatu dan tidak dapat jawap panggilan telefon atau SMS dengan cepat. Ini secara tidak langsung akan mengajar dia erti kesabaran.

4) Pesan kepadanya supaya segala kemusykilan yang dia alami tentang kamu, dia patut bertanya kepada kamu terlebih dahulu sebelum bertanya kepada saudara-mara atau ahli keluarga kamu. Kamu pun tentu tidak mahu ahli keluarga atau ibubapa kamu ada pandangan pelik terhadap teman lelaki kamu kan?

5) Galakkan dia keluar lepak bersama rakan-rakan, beri dia sokongan sekiranya dia hendak melakukan sesuatu supaya dia lebih bersifat berdikari dan tidak terlalu hanyut dalam kegilaannya terhadap kamu.

Selamat bercinta!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,369 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen