Lelaki & Wanita Wajib Baca! Ini 5 Sebab Anda Masih Tidak Punya Kekasih.

 

Alasan apa lagi mahu diberi jika setiap kali ada sahaja kawan rapat, keluarga mahupun rakan sekerja bertanya tentang pasangan hidup anda? Tidak cukupkah dengan jawapan ‘belum jumpa jodoh’, ‘jodoh lambat’ atau ‘tak puas single dan enjoy‘? Tipulah kalau kata tidak pernah ada sekelumit rasa sunyi dalam hidup anda…



Sudah menjadi lumrah azali manusia ingin dibelia, ingin dicintai dan inginkan perhatian dari seseorang atau teman hidup. Kalau tidak, tidak pula ada yang di cop ‘kurang kasih sayang’ akibat sering berbuat perangai pelik sehingga merimaskan orang sekeliling.

Bukan mahu menunding jari pada yang mereka masih solo, tapi pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan diri anda. Oopss, kalau anda yang sememangnya sudah cantik dan kacak pasti tidak menjadi masalah untuk didekati tapi anda lupa gaya pemikiran juga antara aspek utama yang bukan sahaja menarik mata tapi hati.

Lupakan sahaja tentang kekasih kalau anda masih mengamalkan dan mengutamakan peraturan kolot ketika mengenali individu baru. Apa peraturan kolot itu? Mari kita sama-sama senaraikan dan lihat ada tak pada diri anda.



1. Rasa cinta kena datang cepat.

Realiti: Baru sahaja berjumpa dua kali, berbalas whatsapp sebulan sudah mengharapkan rasa cinta pada pihak sebelah sana. Cinta bukan datang umpama kilat, ia soal hati perlu memakan masa lebih dari berbulan lama ada yang sampai 10, 20 tahun baru perasan sudah jatuh cinta. Jadi nasihatnya, ambil lah masa untuk betul-betul mengenali hati budi masing-masing. Tidak ada ruginya…malah tidak akan melukakan mana-mana pihak.

2. Harus ada minat yang sama.

Realiti: Cukup dengan menganggap pasangan yang bahagia mempunyai minat atau hobi yang serupa. Tidak semestinya! Percaya atau kelainan terhadap diri masing-masing mencetuskan lagi perasaan ingin tahu terhadap pasangan. Dari situ anda boleh mengenali siapa diri dia yang sebenar dan dalam pada yang sama anda boleh bertukar hobi sebagai salah satu couple activity. Barulah hubungan anda sentiasa penuh dengan kejutan!

3. Pasangan bahagia tidak pernah bergaduh.

Realiti: Asal mula masam muka sudah fikir ‘dia bukan jodoh aku’. Sabar dulu.. Pergaduhan adalah antara titik mula untuk ada mengenali lebih mendalam siapa dia. Bayangkan anda dan si dia tidak pernah bergaduh? Tidak pernah ada rasa cemburu? Apa maknanya semua itu? Maknanya masing-masing sudah atau sememangnya tidak peduli antara satu sama lain.



4. Wajib sayang keluarga dan suka kawan-kawan I.

Realiti: Tak perlu sampai hendak berhipokrit jika anda tidak suka antara sanak-saudara atau rakan si dia. Apa yang perlu anda yakin ialah dengan hubungan anda, begitu juga dengan pasangan anda. Jika terdapat perkara yang anda kurang suka tentang keluarga atau rakan mereka. Alternatif terbaik ialah komunikasi dan mengatur cara interaktif dengan mereka supaya anda dapat menyesuaikan diri.

5. Seiring dan sejalan.

Realiti: Ramai yang tidak mahu berjauhan dengan pasangan masing-masing, tapi lambat laun ia harus ditunaikan. Ini kerana setiap orang punya tanggungjawab lain untuk disiapkan dan perlukan masa untuk sendirian. Jangan takut untuk lepaskan si dia jika dia mahukan waktu sendirian kerana cinta sejati, dia akan datang kembali. Setiap hubungan perlukan jarak untuk mulakan dengan sesuatu yang segar.

5 perkara diatas antara sebab utama membataskan hubungan anda dengan insan baru tersebut dan berakhir kembali dengan kehidupan solo semula. Fikir kembali, lepaskan sifat ego dan selamat beramal!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,005 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen