7 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Hargai Wanita! Mesti Baca!

 

Lazimnya wanita memberi alasan dirinya harus dihargai kerana keupayaan wanita membawa kandungan dalam perut selama sembilan bulan dan melahirkan zuriat yang tidak terkata sakit dan peritnya. Lelaki pula menganggap mereka juga menyumbang dari segi benih. Kedua-duanya benar dan kedua-duanya memang harus memerlukan antara satu sama lain untuk wujudnya janin itu.



Wanita memang dikenali sebagai seorang yang pengasih dan penyayang tetapi tidak dinafikan ada segelintir di antara wanita di luar sana yang tidak berhati perut dan sanggup melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Bagaimanapun, hari ini kami mahu berkongsi sedikit kenapa wanita perlu dihargai.
Berikut adalah sebab-sebab kenapa lelaki perlu hargai wanita

1. Wanita berhenti kerja demi menjaga anak, duduk rumah dan menjaga rumah tangga. Ada juga wanita sanggup menggantikan tempat lelaki bekerja kerana pendapatan lebih besar.



2. Kerana mendengar kata dan taat kepada suami, wanita sanggup letak tepi keinginan sendiri demi menjaga hati pasangan. Seandainya disuruh berhenti kerja, menukar cara pemakaian dan sebagainya selagi tidak melanggar hukum agama pasti dituruti.

3. Kajian menunjukkan wanita menatang lelaki bagai minyak yang penuh. Baik sebelum berkahwin mahupun selepas berkahwin. Sejak belum bercinta, wanita tak pernah berkira akan sentiasa mengutamakan keperluan lelaki. Apatah lagi setelah sahih bergelar kekasih dan seterusnya isteri.

4. Kalau lelaki sebut sahaja lapar, pasti si wanita akan masak dan sanggup menghantar makanan ke rumah. Jikalau ada barang keperluan habis, turut dibeli dan dipenuhkan dapur bujang teman lelaki. Begitulah wanita menjaga perut lelaki sejak mula sehingga tinggal sebumbung.



5. Kebersihan lelaki juga menjadi salah satu tugas buat wanita ini kerana wanita tidak suka akan lelaki yang kotor dan comot. Bagaimana wanita menjaga kebersihannya, begitu jugalah dia akan menjaga kebersihan pasangan juga.

6. Memanjatkan doa kepada pasangan agar mendapat kesejahteraan. Mengenepikan segala kepentingan diri. Kalau boleh seluruh kebahagiaan dirinya diberikan kepada pasangannya.

7. Sama ada kerja atau tidak, wanita akan tetap turun ke dapur memasak kemudiannya mengemas. Bertuahlah kalau wanita mendapat suami pandai beraksi di dapur dan ringan tulang membantu membersihkan rumah.

Sekarang dah jelas? Jadi, hargailah orang yang tersayang disekeliling anda!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen