Betul Nak Putus? 10 Tanda Kamu Masih Sayangkan Dia.

 

Biasalah, semua perhubungan mesti ada turun naiknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, betul tak? Lebih-lebih lagi pasangan yang masih bercinta.



Sudah menjadi lumrah, masalah akan timbul tanpa kita sendiri mampu mengawalnya. Walaubagaimana besar pun perasaan marah dan bencii anda terhadap pasangan jika hati masih cinta, anda tidak dapat menipu diri sendiri kerana hati lebih berkuasa dari segala-galanya.

Bagaimana hendak tahu jika anda masih perlukan si dia? Sebelum betul-betul melafazkan kata putus atau cerai, ini 16 perkara yang perlu dipertimbangkan dahulu.

1. Tak Pernah Lupa Perancangan Yang Dirancang Bersama.


Kamu berdua sering berusaha keras untuk mencapai matlamat yang sama sebagai contoh, sedaya-upaya menyimpan duit untuk mendirikan perkahwinan…

Sebaik mendapat bonus atau jika ada duit lebih, anda terus teruja untuk menyimpan wang tersebut sebagai persediaan to make you and her/his dream come true!




2. Masih Ingat Benda-Benda Simple Tentangnya.

Tarikh hari jadinya, makanan kegemarannya, bau minyak wangi yang sering dipakainya, semua itu anda masih ingat dan segar di ingatan…

3. Baca Semula Mesej-Mesej Si Dia.

Bila kesunyian atau ketika sedang berehat-rehat di rumah, tidak semena-mena tangan akan mencapai handphone lalu bertindak membaca kembali mesej-mesej anda dengan dia. Rindulah tu!

4. Selalu Berasa Gembira Kala Melihat Wajahnya.

Tak perlu dia melafazkan kata cinta atau memberi kamu hadiah, dengan melihat wajahnya sahaja hati sudah berasa tenang dan girang.

5. Risau Tentang Dia.

Tak tenangnya hati bila dia tidak ada dihadapan mata dan kepala. Selalu rasa tak sedap hati, lepas tu suka yang fikir bukan-bukan tentang dia.




6. Sanggup Terima Keburukan Yang Dia Lakukan.

Biar jahat mana pun perbuatan dia pada kamu, namun kamu masih mahu menerima si dia. Baik dan buruk dia langsung tidak merubah rasa sayang kamu tu. Yup, sebab kamu masih sayangkan dia…

7. Berfikir Secara Adil.

Setiap kali bergaduh, anda tahu berfikir secara adil. Anda tidak meletakkan seratus peratus kesalahan pada dia sebaliknya menganggap kesalahan yang dilakukannya itu mungkin bersebab. Itu tandanya anda masih sayangkan dia.

8. Dia Sering Berlegar Dalam Fikiranmu.

“Benci dan marah dengan perbuatan dia pada aku, tetapi kenapa susah sangat aku nak lupakan dia ni? Bertambah rindu lagi adalah…”

Itu tandanya hati kamu masih ada pada si dia. Biarkan dia terus menyimpan hati kamu. Jadi buat apa berpisah? Sebaliknya cuba cari jalan selesaikan masalah agar dapat berbaik semula.

9. Aktiviti Harian Mengingatkan Anda Kepada Si Dia.

Tanggungjawab terlalu banyak sehingga anda tidak ada masa untuk berdua-duaan dengannya. Biarpun begitu, kamu masih boleh kaitkan aktiviti harian dengan si cinta hati. Bila lalu di hadapan restoran kegemarannya, anda terus teringatkannya. Bila terdengar lagu kesukaannya di radio kereta, hati anda terus jadi rindu kepadanya.




10. Jadi Stalker Di Media Sosial.

Masih tak boleh move on biarpun bibir sudah hampir mengucapkan kata putus? Dalam masa yang sama, hampir setiap jam anda mengintai aktiviti si dia di akaun Instagram, Facebook dan sebagainya… Anda masih sayangkan dia lagilah tu!

Semua orang pernah ada masalah dalam perhubungan dan semua orang ada harapan untuk berbaik jika satu sama lain cuba bertolak-ansur. Selagi belum ucap kata putus atau cerai, masih ada HARAPAN.

Selamat beramal.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,402 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen