7 Cara Berkesan Untuk Si Isteri Tawan Hati Pasangan Yang Sedang Merajuk.

 

Lelaki merajuk mungkin kedengaran agak pelik bagi sesetengah wanita. Hakikatnya, lelaki juga sering merajuk dek kerana sebab-sebab tertentu. Tambahan lagi, pasangan yang sudah berkahwin sering mengalami perbalahan dalam rumah tangga. Bagi si isteri, mungkin agak rungsing mengenangkan suami yang sedang merajuk. Jom kita lihat cara berkesan untuk tawan hati suami kembali!



1. Beri ruang dan masa.

Sekiranya berlaku pertelingkahan atau perbalahan antara pasangan, kedua-dua pihak masih dalam keadaan marah dan ego. Oleh itu, masa dan ruang diperlukan untuk berfikir sedalamnya punca masalah serta penyelesaian yang betul. Anda pastinya sudah tahu mengenai ego lelaki yang agak tinggi. Beri sedikit masa kepada pasangan anda untuk menenangkan fikiran hati dan perasaan yang sedah marah. Apabila dia sudah tampak agak tenang dan relaks, mula tegur dia seperti biasa dan mintalah maaf sekiranya perlu.

2. Berikan pelukan dan ciuman manja.

Cara ini sememanngnya paling manis dalam perhubungan. Cara ini boleh membuatkan si dia senyum kembali. Berikan suami anda ciuman dan pelukan paling manja buat si dia. Lumrah lelaki menyukai belaian dan kasih sayang seorang isteri. Pastinya dia tidak mampu menolak pelukan dan ciuman yang diberikan oleh anda.



3. Masak makanan kegemaran.

Cara ini juga boleh membuatkan hati si dia menjadi cair. Berikan kejutan dengan memasak makanan kegemarannya. Untuk tampak lebih romantis, hidangkan dengan cara sedikit berbeza dan istimewa. Anda boleh menjadikan ia sebagai candle light dinner untuk anda berdua. Lelaki cukup gemar memakan makanan yang dimasak oleh si isteri. Tambahan pula, anda masak dengan penuh kasih sayang dan seikhlas mungkin.

4. Bincang dari hati ke hati.

Komunikasi amat penting dalam sesebuah perhubungan. Bawalah berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Jangan biar hati yang marah menjadikan hubungan anda retak. Bincang dengan hati yang terbuka dan mengakui kesalahan masing-masing. Jangan biarkan ego anda mengatasi segalanya. Selami hati suami anda dengan mendalam kerana anda lebih tahu mengenai isi hati pasangan anda.



5. Berikan hadiah.

Sekiranya perkara-perkara di atas masih tidak membuahkan hasil, anda boleh mencuba dengan cara memberikan hadiah buat suami anda. Mungkin cara ini nampak klise, namun lelaki juga sukakan kejutan. Berikan hadiah atau barangan kesukaannya sebagai cara untuk memujuk. Dengan cara ini, lelaki menganggap dirinya begitu dihargai oleh anda.

6. Mengalah dan meminta maaf.

Perkara ini harus dilakukan pada awal kejadian agar tidak menjadi melarat. Turunkan ego anda untuk mengalah dan meminta maaf walaupun kesalahan tersebut bukanlah datang dari anda. Tidak salah untuk meminta maaf terlebih dahulu. Mungkin dari situ, suami anda dapat melihat kebaikan yang sebenar dalam diri anda. Anda harus ingat, mengalah tidak bermakna anda kalah.

7. Gunakan media sosial.

Dunia sekarang semakin canggih dengan teknologi. Antara perkara yang anda boleh lakukan melalui media sosial ialah dengan memuat naik gambar anda berdua dengan kepsyen yang manis dan sweet. Anda boleh 'tag' pasangan anda agar dia mengingat kembali kenangan anda bersamanya. Mungkin hatinya akan lebih tersentuh melihat kesungguhan anda untuk memperbaiki hubungan anda berdua. Tapi ingat, jangan sesekali membuka aib pasangan anda kerana boleh menjadikan keadaan bertambah buruk. Maklumlah kuasa media social boleh membawa padah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen