Hukum Tiga Hari Tak Bertegur Siapa.

 

Nabi menyebut:

'Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari. Maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu' 
( Riwayat Abu Daud , riwayat dari Abu Daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sahih dari Al-Bukhari )



Nabi juga sebut:

'Silaturahim itu tergantung di Arasy lalu berkata : 'Sesiapa yang menyambungku (silaturahim) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya' ( Al-Bukhari 4/112 )

Nabi juga menyebut: 'Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturahim' ( Al-Bukhari)



Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadis di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum tiga hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kepada beberapa peristiwa tiga orang sahabat yang cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa orang sahabat lagi. (rujuk Al-Halal wal haram fil Islam).

Ada juga yang mengalami kes seperti tidak terputus hubungan, cuma renggang sikit dari dahulunya yang mungkin mesra dan rapat (itu pun kena lihat dari sudut kerana urusan akhirat atau dunia semata-mata), dan akibat renggang maka tiada banyak perkara yang ingin dikongsi bersama lagi. Justeru, menyebabkan hubungan dan komunikasi menjadi kurang dan ia masih dalam ruang yang dibenarkan.

Ada juga renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,761 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen