8 Rahsia Hubungan Cinta Lebih Bahagia, Tip Terakhir Kena Amalkan Selalu.

 

Punya hubungan cinta yang bahagia, menyenangkan, dan romantik tidak hanya ada dalam novel cinta. Setiap orang boleh memiliki fasa bercinta yang bahagia sehingga boleh dilanjutkan hingga ke jinjang pelamin. Kebahagiaan itu tidak datang dengan sendiri sebaliknya ia perlu dicari. Mudah kata, kita dan pasangan yang perlu melakar bahagia itu dengan corak yang kita idamkan. Mengimpikan hubungan cinta yang lebih bahagia? Apa kata anda cuba tip berikut. Moga-moga ia menjadi penyubur hubungan cinta anda dan pasangan.



1. Tinggalkan Masa Lalu Di Masa Lalu.

Hal ini adalah yang paling penting ketika anda ingin memulakan hubungan baharu. Agar penilaian anda kepada si dia yang sekarang lebih adil dan tidak terus membandingkan dengan mantan, maka tinggalkan masa lalu anda. Anda hidup untuk hari ini dan masa hadapan, bukan masa lalu.

2. Kebahagiaan Dimulai Daripada Anda.

Ada orang bijak yang mengatakan jangan memulakan sesebuah hubungan cinta jika anda belum menemukan kebahagiaan dalam diri anda. Jika anda sudah bahagia dengan diri anda, maka hubungan anda akan berjalan dengan lebih baik.



3. Komunikasi & Keyakinan.

Hubungan yang lancar pasti memiliki pola komunikasi yang baik. Jangan pernah menduga-duga atau menganggap pasangan tahu apa yang anda fikirkan atau apa yang anda rasakan. Bicarakan semua hal dan berlatihlah untuk percaya padanya. Sebuah hubungan tanpa diiringi rasa percaya akan berakhir dengan air mata.

4. Ada Waktunya Bersama, Ada Waktunya Sendiri.

Tidak selamanya anda harus bersama dengan pasangan 24 jam. Ada waktunya anda berdua dengannya, ada waktunya masing-masing menikmati waktu sendiri. Selalu bersama memang menyenangkan namun saat anda tidak bersama dengannya, anda akan semakin menghargai erti kehadirannya.

5. Jangan Pernah Membandingkan Pasangan.

Hentikan kebiasaan membanding-bandingkan pasangan dengan psangan anda sebelum ini. Walaupun maksud anda ingin memotivasikan pasangan terkini untuk berubah menjadi lebih baik namun kebiasaan ini akan melukai hati pasangan anda. Misalnya, 'Amira dahulu seorang yang sangat menepati masa tapi awak...' Bukankah anda juga tidak suka dibanding-bandingkan begitu jugalah dengan pasangan anda.



6. Cinta Boleh 'Menguncup' & Boleh 'Mengembang'.

Cinta itu seperti bunga, kadang-kadang mekar, kadang-kadang kuncup dan layu, kadang-kadang memerlukan waktu sedikit lama untuk kembang mekar. Namun apakah anda dengan mudah membuang tanaman dan bunga jika layu? Tidak bukan? Akan ada masa hubungan sangat hangat, ketika anda selalu ingin di sampingnya. Akan ada masa anda bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baharu. Namun percayalah, selama anda dan pasangan mampu menjaga kesetiaan maka semuanya akan berakhir dengan satu kemanisan yang hanya anda berdua sahaja dapat merasakannya.

7. Bersama Dalam Suka & Duka.

Hubungan cinta akan semakin hangat dan kukuh jika anda dan pasangan mampu melewati hal-hal menyenangkan, sekaligus hal terburuk yang terjadi. Semakin baik anda dan si dia menghadapi masa buruk, semakin kukuh cinta yang akan terbentuk. Jangan hanya bersamanya ketika bahagia, saat pasangan sedang susah, pastikan anda selalu menjadi penyokong kuat dan ada untuknya.

8. Selalu Mengucapkan 'I Love You'.

Tidak ada salahnya jika anda sering mengucapkan ungkapan keramat 'I love you' setiap hari. Situasi akan menjadi lebih manis dan bermakna jika ucapan itu hadir tanpa disangka-sangka. Tidak perlu menuliskan kata-kata ini di Facebook. Ini kerana yang ingin anda tujukan rasa cinta itu adalah pasangan anda, bukan teman-teman Facebook anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 407,918 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen