7 Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Tanpa Anda Sedar.

 

Ramai je yang nak kahwin, tapi tak jumpa calon lagi. Yang kes nak cari calon ni, nanti sembang dalam post lain. Kali ini, saya nak listdown beberapa tanda yang menunjukkan anda dah pun berSEDIA untuk kahwin.



Diulangi, SEDIA. Bukan WAJIB.

Oh ya, yang di bawah ni adalah based on pemerhatian sendiri dan hasil sembang-sembang dengan kawan-kawan. Maklumlah, topik hangat di kalangan manusia bujang selepas grad memang tak lari daripada soal jodoh ni. Tak kurang juga yang kata tak bersedia lagi lah, tak tau waktu yang sesuai untuk kahwinlah, dll tanpa menyedari perkahwinan bukanlah perlu kita bersedia tiptop luar dalam, tapi dengan berkahwinlah kita lebih berusaha untuk jadi tiptop dalam semua segi. Jadi the best dan nak bagi yang the best orang kata. Apa tanda-tanda yang menunjukkan anda dah pun sedia untuk kahwin?



1) Rasa tak keruan bila dapat jemputan kahwin.

Tak kesahlah jemputan muka buku mahupun dapat kad kahwin daripada sesiapa pun. Bila dapat je jemputan, kita rasa macam serba tak kena gitu.

“Wahhh ramai dah kawan aku kahwin, aku belum lagi?”

“Aku ni tak laku ke?”

Saya pernah decline secara bertubi-tubi jemputan perkahwinan kawan-kawan, hanya kerana untuk jaga hati sendiri. Haha. Entahlah kenapa, Cuma rasa macam loser semacam je bila dapat jemputan kahwin ni.

2) Dah mula berdoa secara serius tentang jodoh

Yang ni serius betul. Kalau dalam doa pun kita dah mula bersungguh bercerita pada Allah, yang kita mahukan jodoh yang sebegitu sebegini, kira dah amat confirmlah yang kita memang dah nak kahwin,yakni ready untuk kahwin.



3) Sunyi. Tak betah seorang diri. Mahu teman.

Saya pernah bertanya kepada seorang kakak, tentang bagaimana kita nak tahu yang seru sudah datang?

Selamba je akak tu jawab, yang akan ada suatu masa kita rasa macam suuuuunyiiiii sangat. Tak boleh hidup seorang diri, yakni rasa nak berteman je. Bukan teman sesama jantina, tapi teman yang boleh jadi tempat kita berkasih sayang gitu.

4) Simpanan bulanan dah pun ditarik sedikit demi sedikit untuk tujuan kahwin.

Kalau takde plan nak kahwin, and takde kesediaan untuk kahwin, takkanlah kita dah mula buat simpanan yang khusus bertujuan untuk kahwin. Kan?

5) Berminat dengan isu berkaitan kahwin, sama ada artikel, video dll.

Dulu takde pun nak pasang telinga mendengar cerita kahwin-kahwin. Macammana proses daftar kahwin, check darah HIV tu apebenda, lauk-pauk apa yang sesuai untuk majlis kenduri pun kita rasa syok untuk ambil tahu.

Tiba-tiba rasa seronok pula tonton video perkahwinan orang, pernah juga beberapa kali search google tentang hal-hal cinta dan perasaan ni.



6) Start survey harga kanopi, baju kahwin, album gambar, photoshoot kat mana dll.

Bagaimana mahu merancang kalau tak survey dulu? Bagaimana mahu survey kalau kita tak bersedia pun untuk kahwin? Kan? Kan? Kan?

7) Dah bercakap soal kahwin dengan ibubapa.

Part ni adalah part yang paling susah bagi sesiapa sahaja. Bercakap soal mahu kahwin dengan mak ayah memang memerlukan kita untuk bersedia mendengar segala hujah dan hadap apa jua respond mereka. So, takkanlah kita tak ready lagi untuk berkahwin kalau kita dah berani acah-acah cakap pasal kahwin dengan mak ayah, kan?

Kalau dah ada tanda-tanda di atas  ni, tak bolehlah nak bagi alasan tak bersedia lagi, tak sampai seru lagi. Kalau duit tak cukup, tak semestinya tak bersedia.

Percayalah, untuk kahwin, tak perlukan duit yang banyak sangat pun.

Dengan syarat, dua-dua pihak kena faham dan toleransi. Banyak je kisah orang yang kahwin tanpa perlu modal banyak.

Apapun, niat yang baik kerana Allah, pasti Allah akan mudahkan.

Pengalaman saya dulu, bila ada lelaki approach je, memang saya pass terus nombor fon mak ayah saya pada beliau-beliau, minta deal sendiri dengan orang tua saya.

Dalam ramai-ramai yang approach saya, kalau rasa tak berkenan, saya reject je terus. Yang ala-ala ada harapan, saya pass nombor mak ayah, dan hanya seorang yang berani deal terus dengan mak ayah saya, dan beliaulah suami saya sekarang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen