Ketahui Pengertian `Iddah, Apa Yang Perlu Anda Fahami.

 

'Iddah bererti tempoh masa tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami.



Bagi wanita yang kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandung, dan sama ada dalam keadaan haid atau tidak, maka tempoh 'iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari (4 bulan 10 hari).

Wanita yang kematian suami bukan sahaja wajib ber`iddah, tetapi juga wajib berkabung.

Manakala bagi wanita yang kematian suami dan mengandung, tempoh 'iddahnya adalah sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur.

Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.

Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami, Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjang mereka berada dalam tempoh tersebut.



Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:

a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi. 

b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir,kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawat dan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.

d) Tidak perlu berpindah atau tinggal dirumah lain. Namun,sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.

e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu,sepanjang dalam tempoh tersebut,mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan.



Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:

i) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang.

ii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata.

iii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian.

iv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,369 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen