7 Sifat Lelaki Yang Boleh Membuatkan Wanita Cair.

 

Sifat lelaki yang romantis dan baik hati pastinya boleh membuatkan wanita jatuh cinta dalam sekelip mata. Kadangkala, hanya dengan perbuatan yang kecil sahaja, seseorang wanita itu boleh terus suka terhadap seseorang lelaki itu. Ada banyak sifat lelaki yang boleh membuatkan hati wanita cair.



Entri kali ini berkongsikan 7 sifat lelaki yang disukai wanita.

1. Menghantar bunga.

Buatkan si dia tersenyum dengan kejutan jambangan bunga. Lazimnya wanita cukup gemar dengan keindahan bunga sebagai tanda sayang dan cinta.

2. Meluangkan masa bersama.

Tunjukkan minat anda akan gambar-gambar si dia ketika bayi, beramah mesra bersama adik-beradiknya serta memuji masakan yang dimasak olehnya. Jika anda mahu dia jatuh cinta dengan anda, perkara ini dapat membantu anda. Ini mungkin merupakan tindakan-tindakan kecil, namun ia mampu membuatkan si dia kagum dengan anda.



3. Tolong bukakan pintu.

Seorang lelaki yang membuka pintu kereta untuk wanita adalah seorang yang cukup romantik. Walaupun tindakan ini hanya beberapa saat, namun si dia pasti rasa dihargai kerana mengutamakan keselesaannya terlebih dahulu.

4. Sanggup menonton cerita bersama.

Apabila seorang lelaki secara sukarela menonton cerita 'perempuan' kerana si dia menginginkannya, lelaki itu layak mendapat 'mata tambahan'. Lebih-lebih lagi jika lelaki itu melakukannya tanpa mengeluh dan mengharapkan balasan.

5. Memakaikan jaket.

Seorang wanita mampu untuk memakai jaket dengan sendirinya, namun ia bukan soal kemampuan. Seorang lelaki yang baik hati akan memakaikan si dia dengan jaket atau menawarkan jaketnya terutama pada waktu sejuk.



6. Menyuapkan makanan.

Apabila anda sedang makan berdua-duaan, suapkan makanan anda terlebih dahulu ke mulutnya sebelum anda makan makanan anda. Si dia pasti berasa anda mementingkan dirinya terlebih dahulu dan merasakan diri anda cukup romantik.

7. Mencium dahi.

Perkara ini hanya boleh dibuat untuk pasangan yang sudah berkahwin sahaja. Anda boleh mencium dahi pasangan si dia di waktu-waktu romantik seperti pergi berbulan madu dan duduk berdua-duaan. Si dia amat menyukai lelaki yang sentiasa memberikan perhatian yang penih buatnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,708 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen