20 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki.

 

Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi tentang 20 ciri-ciri lelaki idaman wanita. Sehubungan dengan itu, pada kali ini saya kupaskan sedikit ciri-ciri wanita idaman lelaki dibawah tajuk entri 20 ciri-ciri wanita idaman lelaki.



Citarasa manusia memang berbeza-beza. Namun kebiasaannya lelaki pasti menginginkan memiliki seorang wanita yang sempurna. Sekurang-kurangnya berjaya menambat hati untuk dijadikan teman hidup. Persoalan pertama ketika ingin mendapatkan teman hidup adalah "Apakah ciri-ciri wanita yang ingin dimiliki?" atau juga "Adakah si dia memiliki ciri-ciri seperti yang saya inginkan?".

Tentunya, ada beberapa penilaian yang boleh diguna pakai oleh lelaki untuk menentukan sama ada gadis yang ditemui menjadi pilihannya, idamannya atau kesukaannya. Selain daripada faktor jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT, ciri-ciri tersebut dibawah mungkin berlegar di ruang pemikiran anda.

1. Paras rupa - Paras rupa yang cantik adalah kelebihan kepada wanita. Ada juga tidak berapa cantik tapi menawan atau juga kurang cantik tapi manis dipandang orang. Walauapapun, kecantikan bukan perkara utama yang difikirkan oleh lelaki apabila mencari calon isteri, tapi penting bagi mereka yang mencari calon kekasih.



2. Agama - Pegangan seorang yang beragama Islam menitikberatkan mencari calon isteri yang memiliki pegangan agama yang kuat, namun perlukah mengawini seorang ustazah? Sebagai lelaki, kita harus membimbing mereka jika pegangan agama bakal isteri anda lemah.

3. Harta - Dewasa ini, peningkatan taraf hidup mendesak pasangan untuk saling bekerjasama dalam mengharungi dunia "Money is everything". Jika mampu, mempunyai isteri yang tidak bekerja juga memberi kelebihan pada satu sudut yang lain.

4. Zuriat - Ada kes dimana, isteri tidak mampu memberikan zuriat seperti yang diinginkan oleh suami, kemudian timbul pula suami berkahwin lain disebabkan mahu zuriat, maka sebelum itu lakukan sedikit "penyelidikan" untuk mendapatkan kepastian.

5. Budi pekerti - Semua orang pasti mengidamkan memiliki isteri yang mempunyai budi pekerti yang baik. Tingkah laku, adab dan kesopanan menjadi elemen penting budaya kemelayuan dan menjadi idaman mertua. Ibu yang baik, lahir anak yang baik. Fikirkanlah!

6. Pandai masak - Bagi saya, saya suka ciri ini. Alhamdulillah saya memiliki isteri yang pandai masak. Pandai masak mesti rajin tolong ibu masak di dapur masa muda, kalau tak pandai masak, belajarlah. Kalau makan luar hari-hari, bila anak mahu makan nugget pun kena beli di gerai. Air tangan isteri melembutkan hati suami.



7. Bijak menguruskan kewangan - Alangkah bagusnya jika seorang wanita bijak menguruskan kewangan keluarga. Perkara ini tentu sedikit sebanyak membantu suami dalam menguruskan hal keluarga. Bijak tidak bermaksud anda perlu menjadi akauntan.

8. Pandai mengambil hati keluarga mertua - Bila dapat yang peramah anda mungkin tidak dapat mengawalnya pula, tapi bila isteri pendiam dan kurang mesra, takut nanti menimbulkan prasangka pula terhadap isteri anda "Sombongnya isteri dia", walhal isteri anda memang pendiam.

9. Menerima seadanya - Lumrah hidup berkeluarga, ada turun dan naiknya, menerima seadanya apa yang ada menjadi elemen penting kebahagian supaya isteri tidak meminta lebih daripada kemampuan lelaki. Kebanyakan wanita yang telah menjadi isteri mempunyai sikap tersebut, kadangkala lelaki pula yang merungut.

10. Hormat - Walaupun setinggi manapun pangkat anda di pejabat, jika dirumah suami adalah bos anda. Tunjukkan rasa hormat anda lebih-lebih lagi terhadap keputusannya. Pertuturan dan kata-kata harus dijaga untuk mengelakkan anda menjadi derhaka pada perkara yang mungkin terlepas pandang.

11. Bijak berpakaian - Usia bukan penghalang anda untuk kelihatan cantik di mata suami, jangan pula masa bercinta bersolek sampai 2 jam, bila dah lama berkahwin, suami balik tengok bini macam langsuir, berdandan kepada suami penting untuk mengeratkan hubungan rumahtangga.

12. Bersedia menerima teguran - Teguran suami bukan beliau benci dengan anda. Tapi teguran suami adalah demi kebaikkan anda. Jadi terima sahaja tegurannya dan memperbaiki apa yang ditegurnya. Jangan sesekali membantah walaupun kadangkala bagi anda tidak masuk akal.

13. Setia - Rata-rata setiap pasangan ingin memiliki pasangan yang setia. Baik lelaki atau wanita. Jadi perkara ini perlu diambil perhatian, jangan cuba untuk memiliki lebih dari satu kerana ianya membuatkan lelaki hilang pertimbangan.

14. Menjadi pujaan ramai - Lelaki bangga bila isteri mereka menjadi pujaan ramai lelaki. Namun kadangkala ianya merimaskan dan boleh mendatangkan sifat cemburu yang tidak berasas. Bila dengar ramai orang suka kepada teman wanita anda, tentunya anda lelaki yang sangat bertuah.

15. Menghargainya - Setiap apa yang dilakukan oleh lelaki, pastinya terukir senyuman apabila dihargai oleh orang yang disayanginya. Dari sekecil-kecil perkara yang dilakukannya hinggalah kepada perkara yang besar. Jangan simpan perasaan anda, luahkan kepada mereka bahawa anda sangat menghargainya.

16. Memudahkan urusannya - Kadangkala si lelaki atau suami mengalami kerumitan tentang sesuatu perkara. Jika anda mampu membantu mereka menyelesaikannya, pasti lelaki sangat berterima kasih pada anda. Jangan pula membuatkan ianya bertambah rumit dengan karenah anda.



17. Supportive - Atas apa juga perkara yang dibuat lelaki terutama hobi mereka, cuba bersikap supportive atau menyokong. Sokongan anda pasti menaikkan moral lelaki. Jika hobi lelaki bermain PS2, mungkin anda berfikir 2-3 kali untuk bersikap supportive.

18. Beri ruang - Beri ruang pada lelaki untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada mereka. Jika mereka melakukan kesalahan yang kecil, maafkan mereka dan beri ruang kepadanya untuk membuktinya bahawa mereka telah insaf daripada perbuatannya.

19. Pendengar yang baik - Ada juga jenis lelaki yang mengambil berat tentang perkara ini. Lelaki sukar untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kecuali kepada orang yang mereka sayang. Jika wanita mampu menjadi pendengar yang baik, kadangkala ianya memberi sedikit kelegaan kepada lelaki. Hal ini juga adalah teknik yang baik jika mampu mengurangkan tekanan disebabkan beberapa perkara yang tertentu.

20. Jadi diri anda sendiri - Jangan cuba untuk menjadi diri orang lain. Jadilah diri anda sendiri. Ianya lebih bagus. Jika lelaki itu dapat menerima kamu seadanya lebih baik mereka mengetahuinya dari awal dari mengetahui selepas kamu berkahwin dengannya.

Apa yang disenaraikan di sini hanyalah sedikit berbanding realiti sebenar ciri-ciri wanita idaman lelaki. Setiap lelaki memiliki keinginan yang tersendiri terhadap wanita. Ciri-ciri di atas boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri untuk sama-sama lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,917 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen