Punca Dan Sebab Lelaki Curang Dengan Wanita.

 

Pernahkah anda terfikir kenapa dan apa punca dan sebab lelaki curang dengan wanita (pasangan mereka)? Tidak dinafikan, banyak lelaki yang berlaku curang dengan pasangan mereka walaupun sudah berkahwin tetapi tahukah anda apa sebab utama yang menyebabkan mereka cenderung untuk curang?



Sama ada anda tahu atau tidak, lelaki/perempuan yang curang pasti akan menunjukan ciri-ciri lelaki curang tak kira bagaimana mereka berusaha agar kecurangan mereka tidak diketahui oleh pasangan mereka. Dibawah ini adalah 8 senarai punca dan sebab lelaki curang dengan wanita yang popular.

1) Mata duitan.

Bagi kaum wanita, agak malang kalau pasangan anda seorang mata duitan dan hanya pentingkan duit semata-mata. Lelaki seperti ini memang jenis yang akan tinggalkan anda apabila mendapat kekasih lain yang kaya-raya. Bagi lelaki mata duitan, wang adalah segala-galanya bagi mereka dan mereka mungkin akan tinggalkan anda begitu sahaja tanpa memikirkan keadaan anda.



2) Benci dengan pasangan.

Atas sebab-sebab tertentu seperti selalu diperlekehkan atau dipermainkan, lelaki benci dengan pasangannya tetapi tidak berani membalas secara direct. Sesetengah daripada mereka memilih untuk membalas dendam secara sembunyi iaitu dengan berlaku curang.

3) Playboy atau kaki perempuan.

Lelaki curang dengan pasangan mungkin disebabkan perangainya yang memang jenis playboy dan tidak boleh setia pada yang satu. Lelaki yang kaki perempuan memang pantang tengok perempuan cantik sedikit dan biasanya tindak tanduk mereka senang untuk dikesan dari cara mereka memerhatikan perempuan lain ketika anda keluar bersama. Lelaki seperti ini harus dielakan dari awal-awal perhubungan walaupun lelaki itu pandai ambil hati, hensem dan banyak duit.

4) Penampilan pasangan.

Masa mula-mula kenal dulu, pasangannya pandai bergaya, kemas dan menjaga penampilan diri setiap kali berjumpa. Namun, setelah beberapa lama, pasangan mereka mula malas menjaga penampilan diri dan kelihatan serabai dan selekeh berbanding dulu. Sebab itulah, para wanita disarankan untuk sentiasa menjaga penampilan diri walaupun selepas berkahwin. Tidak dinafikan para wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak kebanykannya tidak mempunyai masa untuk menjaga penampilan diri tetapi seboleh-bolehnya biarlah kemas.



5) Keliru dan tidak serius.

Lelaki kadang-kadang mengungkapkan kata cinta tanpa berfikir panjang dan tidak serius dalam perhubungan. Selepas beberapa lama, mungkin dia akan terfikir bahawa anda bukanlah pilihan hatinya. Oleh kerana takut atau belum bersedia untuk memutuskan hubungan, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk curang dengan wanita lain tanpa pengetahuan pasangannya.

6) Bosan dengan pasangan.

Lelaki kalau dia bosan dengan sikap dan perangai pasangannya, dia tidak akan memberitahu pasangannya secara terus-terang. Mungkin dia bosan dan tidak suka dengan sikap pasangan yang terlampau cerewet dan terlalu bermanja, mengada-ngada dan sentiasa mahu lelaki tersebut menurut kehendaknya. Selepas beberapa lama, apabila sudah tidak tahan lagi, maka lelaki akan mengambil keputusan untuk mencari yang lain.



7) Kurang perhatian.

Lelaki cenderung untuk curang apabila pasangannya sudah tidak memberi perhatian kepadanya lagi. Kalau dulu pasangannya jenis caring dan sering mengambil berat, tetapi sekarang seolah-olah tidak peduli langsung dengan masalah dan aktiviti yang dilakukan oleh lelaki. Sekali sekala, sila bertanya dengan pasangan anda apa yang dilakukannya sekarang atau masalah yang dihadapinya.Dengan berbuat demikian, mereka akan merasa diri mereka dihargai oleh anda. Tapi, janganlah setiap masa anda tanya apa yang mereka buat sebab nanti pasangan anda boleh jadi rimas dengan anda.

8) Kekasih lama.

Satu lagi sebab lelaki curang ialah lelaki tersebut mungkin mempunyai kekasih lama yang berpisah atas sebab-sebab tertentu yang hanya mereka dua sahaja tahu. Kata orang, cinta lama susah untuk dilupakan dan senang untuk berputik kembali jika selalu berjumpa dan kedua-duanya masih belum berkahwin walupun sudah ada teman lelaki/wanita yang lain. Lelaki mungkin akan curang jika anda memberi perhatian dan layanan yang teruk berbanding kekasih lama mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen