Simpanan Untuk Tabung Kahwin Mulakan Dari Sekarang, No 4 Tu Ada Benarnya!

 

Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tentunya memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Manakan tidak, kos perbelanjaan untuk persiapan perkahwinan memerlukan jumlah wang yang agak tinggi untuk dilaksanakan. Tambahan pula, kos hidup selepas berkahwin juga perlu dititikberatkan agar kehidupan selepas itu lebih terjamin. Entri kali ini berkongsikan panduan menyimpan duit untuk berkahwin!



1. Mula lebih awal.

Kepada pasangan muda diluar sana yang sudah bertemu jodoh, anda dinasihatkan catat cara perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan satu buku nota untuk anda senaraikan apa keperluan perbelanjaan penting setiap bulan. Kepada yang masih lagi belum ada pasangan, jangan ambil remeh perkara ini. Bahkan inilah peluang anda untuk mengumpul lebih banyak setiap bulan.Dengan adanya buku nota untuk mengesan budget bulanan anda, kini anda sudah tau berapa yang anda mampu simpan setiap bulan. Duduk bersama pasangan anda dan bincangkan apa perkara wajib yang perlu ada untuk majlis anda nanti. Berapa ramai yang akan dijemput dan sebagainya.



2. Kerja sambilan.

Untuk mereka yang ada masa lebih, anda boleh mula membuat bisnes kecil-kecilan. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya anda mempunyai duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda. Anda boleh mula dengan menjual barang-barang terpakai yang tidak diperlukan lagi. Waktu untuk anda bersihkan rak buku, rak almari segala rak yang telah berabuk lama itu. Cara kedua, cari pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah. Contohnya, Penulis Artikel Blog Sambilan, Membuat Kek Cawan Pada Hari Minggu, Membuat Barang Kemas Handmade dan lain-lain. Di era moden ini, kita ada Facebook, Instagram dan pelbagai laman sosial yang dapat membantu mempromosikan hasil kerja kita. Gunakan laman sosial ini sebaiknya.

3. Ikut kemampuan.

Sesebuah majlis perkahwinan itu dinilai bukan dari gahnya lokasinya, atau bertapa mahal kos pelaminnya, malah bukan juga dari bertapa mahalnya mas kahwinnya. Yang penting adalah siapa yang hadir pada hari tersebut untuk meraikan hari paling bahagia anda.Tidak salah untuk impikan majlis bak puteri raja, tapi jika kemampuan kita hanya untuk majlis sederhana apa salahnya. Asalkan sesiapa yang penting hadir dan perkara yang wajib dapat dilaksanan pada hari tersebut.



4. Pihak wanita juga perlu bertanggungjawab.

Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, ramai yang menunding jari ke arah si lelaki. Tetapi tidakkah berkahwin ini perkara yang perlu dibuat bersama? Ya duit hantaran diberi, tapi duit tersebut hanya dapat menampung sesetengah kos sahaja dalam majlis resepsi. Wahai kaum hawa, anda juga yang akan berkahwin dengan jejaki itu. Kehidupan selepas kahwin akan bermula dengan anda berdua, jadi janganlah bebankan si dia seorang dalam hal menyimpan duit ni.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen