8 Cara Menzahirkan Ucapan Cinta Pada Pasangan.

 

Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati. Oleh itu, bagi menzahirkan kasih sayang dan cinta, ia mesti di lafazkan melalui kata-kata, perbuatan dan kelakuan. Nabi SAW menyuruh kita memberitahu seseorang apabila kita mengasihinya.



Sabda Nabi saw,

"Apabila seseorang itu kasih akan saudaranya maka beritahulah dia bahawa dia kasihkannya". (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Dalam aspek rumah tangga, wujudkan kasih sayang dan cinta antara suami isteri isteri. Ia perlu dizahirkan. Biasanya isteri lebih banyak dan pandai menzahirkannya. Suami pula, kurang romantik dan kurang menzahirkannya. Walau bagaimanapun, setiap pasangan perlu memulakannya dan jangan mengharap pasangan anda menzahirkannya dan anda hanya diam membatu diri. Langkah-langkah menzahirkan cinta:

1. Panggilan suami isteri.

Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan panggilan 'honey', 'darling', sayang, abang atau nama manja. Nabi SAW memanggil Aishah dengan 'Humairaa' yang boleh diertikan 'si merah jambu'.



2. Bantu membantu.

Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Alangkah baiknya jika suami turut sama membantu isteri menguruskan keluarga. Apabila ditanya tentang kerja Nabi SAW dirumah, Aishah berkata: "Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar". (Riwayat Bukhari)

3. Saling berkomunikasi.

Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki dan sebagainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi jangan terlebih komunikasi hingga bertukar jadi benci.

4. Hadiah.

Hadiah sesuatu kepada pasangan anda. Berilah hadiah nescaya anda pasti akan saling kasih-mengasihi.  Hadiah tak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan.



5. Menjaga lidah.

Mulut celupar, mulut 'laser' adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata itu akan menikam pasangan dan buat pasangan akan terasa hati. Disebut dalam hadis bahawa Nabi SAW tidak pernah bercakap keji.

6. Memberi galakan terhadap minat pasangan.

Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. Aishah ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi SAW bersama Aishah dan menemani hingga Aishah berasa jemu.

"Aku melihat Nabi saw melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hingga aku berasa jemu". (Riwayat Bukhari)

7. Ucapan tanda penghargaan.

Jangan terlupa ucapkan terima kasih, ucapan tahniah dan sebagainya kepada pasangan anda.

8. Menghargai pemberian pasangan.

Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas dan jaga pemberian tersebut dengan baik.  


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,861 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen