Nota Buat Anda Yang Suka Sangat Berkongsi Bahagia Di Media Sosial, Tolonglah Berubah!

 

Cuba tanya kepada diri anda sendiri dan jawab secara jujur. Berapa kali dalam sehari anda menjengah laman Facebook, Whatsapp, Instagram dan lain-lain platform media sosial itu? Lebih daripada sepuluh kali, betul tak? Ya, memang media sosial sangat berguna dalam kehidupan hari ini. Anda boleh berhubung dengan rakan dan keluarga. Boleh berkongsi foto, video dan cerita. Jika anda kaki buat duit, dunia media sosial adalah lubuk emas yang pasti diterokai.



Namun seperti ubat dan vitamin. Jika betul sukatan membawa kebaikan dan jika terlebih membawa pening. Bukan rahsia lagi apabila media sosial memberikan gangguan jiwa yang dipanggil FOMO. Ini adalah singkatan kepada 'Fear of Missing Out' iaitu dorongan berlebihan untuk mengikuti 'trend' di dalam laman sosial. Selain itu semua orang tahu media sosial juga menjadi lubuk gosip dan sangat terbuka untuk aktiviti 'mengumpat' cara moden. Ramai berkata yang mereka kebal daripada ancaman ini. Ya, anda kebal tetapi orang yang menjadi sebahagian hidup anda tidak begitu. Maksudnya apabila anda tersilap langkah di laman sosial pasti ada orang lain yang terseksa.Ok, jom tengok bagaimana ini boleh berlaku...



Biasalah dalam rumah tangga pasti ada selisih faham. Anda pula merasa yang anda 'popular' di Facebook, Twitter dan Instagram. Jadi anda rasa perlu berkongsi segalanya dengan 'peminat' anda. Ya, anda mungkin 'OK' berkongsi begitu tetapi tidak suami anda. Sebenarnya berkongsi hal-hal hujan ribut dalam rumah tangga bukan sahaja bersifat tidak matang tetapi juga biadab. Anda dan suami mempunyai ahli keluarga. Contohnya anak sendiri, adik beradik dan keluarga mentua. Jika diri sendiri tidak ada muka untuk dijaga ingatlah untuk menjaga air muka orang lain. Bayangkan jika skrin telefon itu sudah seperti menjadi kulit tapak tangan anda. Tidak ada yang lebih menyakitkan hati pasangan anda apabila dia melihat anda begitu. Bayangkan semasa dia berbual mata dan tangan anda masih sibuk di skrin telefon. Tahukah anda apa yang dia fikir? Jika anda tidak tahu, biar saya bagi tahu. Dia pasti berkata yang anda tidak berminat dengan apa yang dia sedang sebutkan.



Dunia siber adalah dunia tanpa kawalan. Setelah anda memuat naik gambar di FB atau IG maka tidak sampai seminit kemudian sesiapa sahaja boleh melihat dan memberi komen. Memang niat anda jujur tetapi bagaimana jika yang memberi komen itu bekas kekasih anda atau bekas kekasihnya dulu? Rupa-rupanya selama ini mereka selalu mengintai laman sosial anda? Komennya pula seperti mahu merebut kebahagiaan anda. Agaknya apa yang anak-anak atau suami anda fikir tentang komen itu? Ini yang paling bahaya. Memang betul kita selalu mendengar kisah gembira pasangan bertemu jodoh di media sosial. Tetapi tidak kurang juga rumah tangga yang runtuh kerana media sosial. Di luar anda boleh pegang lengan suami supaya tidak digugat gadis lain. Begitu juga dia boleh peluk dan lindungi anda daripada diganggu orang lain.

Namun itu tidak ada maknanya di laman sosial. Di media sosial seorang perempuan boleh kelihatan begitu suci dan seorang lelaki boleh kedengaran begitu alim. Fikiran bawah sedar anda mula membuat perbandingan dengan orang yang menjadi teman hidup anda selama ini. Fitrah manusia lebih mengira apa yang mereka tidak miliki berbanding dengan apa yang telah ada. Begitulah barah dalam rumah tangga pun bermula. Tepuk dada tanya selera.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen