14 Tanda Lelaki Serius Dalam Hubungan Percintaan, No 7 Tu Memang 100% Betul!

 

Apabila seseorang lelaki serius dalam hubungan percintaan, mereka akan menunjukkan beberapa tanda yang mereka benar-benar jatuh hati terhadap pasangan. Lelaki agak sukar untuk ditafsir, namun dengan adanya entri pada kali ini, kami kongsikan 14 tanda lelaki cukup serius dalam percintaan. Jom kita lihat!



1. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

2. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi anda. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan anda.

4. Jangan anda anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi anda nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

5. Sentiasa menghiburkan hati anda dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk anda.



6. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah anda sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

7. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, 'You masih sayang I?', jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang anda kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar anda tahu betapa si dia sentiasa mahu anda ingat diri anda sudah dimiliki olehnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Tidak suka anda memakai seksi kerana tidak suka anda diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

10. Kecantikan anda diketepikan. Keikhlasan anda diutamakan.



11. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

12. Dia tidak suka anda keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan orang terhadap anda.

13. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

14. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,147 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen