5 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Terpukau Mengenai Wanita! No 4 Tu Paling Rare!

 

Lelaki memang terpukau dengan kejelitaan dan kecantikan seseorang wanita itu. Namun begitu ada perkara lain yang membuatkan si lelaki jatuh hati hanya dalam hanya 10 saat mengenai wanita. Bukan bersandarkan paras rupa semata-mata, jom kita lihat 5 perkara yang membuatkan lelaki terpukau mengenai wanita.



1. Senyuman.

Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki berdegup kencang. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Malah, lelaki boeh jatuh cinta terhadap seseorang selepas melihatnya tersenyum. Siapa sangka, hanya dengan senyuman, hati lelaki terus cair dan boleh jatuh hati.

2. Bijak.

Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Bukan bermakna dia perlu mempunyai sejarah 'pelajar cemerlang' tetapi tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan matang. Contohnya, jika dia sedang membuat persembahan kerja dalam mesyuararat, seorang lelaki suka melihat wanita yang fasih dan lancar dalam percakapannya, tangkas menjawab setiap pertanyaan dan bahasa tubuh yang begitu meyakinkan. Mereka yang bijak juga tidak mudah melatah jika berdepan sebarang masalah. Sebaliknya, mereka akan duduk diam seketika dan memikirkan cara terbaik untuk menanganinya.



3. Hormat orang tua.

Aduhai, boleh gugur jantung seorang lelaki jika melihat wanita tahu beradab sopan di hadapan orang tua! Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah 'natural' dan bukan dibuat-buat

4. Berbaju kurung.

Kenapa wanita dilihat lebih kerap memakai baju kurung hanya ketika menjelangnya Hari Raya? wanita yang berbaju kurung bukan sahaja cantik, malah sangat ayu dan sopan! Biarpun sesetengah orang beranggapan baju kurung kelihatan kampung dan old school, namun baju kurung boleh mencerminkan peribadi seseorang wanita itu. Baju kurung sebenarnya membuatkan mana-mana wanita pun kelihatan lebih anggun. Apatah lagi jika dipadankan dengan kasut tumit tinggi.

5. Berkaca mata.

Wanita yang berkaca mata membuatkan mata lebih cantik dan secara tidak langsung, menjadikan penampilan mereka lebih seksi. Selain itu, kaca mata juga membuatkan mereka kelihatan smart! Tetapi bukanlah seperti nerdy,asalkan wanita itu bijak bergaya dan sentiasa tampil menarik dan anggun.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,185 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen