10 Perkara Bakal Pengantin Perlu Lakukan Demi Kesihatan Diri Sebelum Hari Bahagia.

 

Kad jemputan telah pun diedarkan kepada semua senarai tetamu. Ini menandakan tinggal beberapa hari lagi majlis perkahwinan anda akan dilangsungkan. Dalam membayangkan kemeriahan itu nanti, apa yang lebih penting saat ini adalah anda perlu meningkatkan tahap kesihatan diri. Maklumlah, bukankah anda merupakan 'orang penting' pada majlis tersebut terutama ketika musim hujan begini. Semua mata akan tertumpu kepada anda. Sudah pasti anda tidak mahu di hari bahagia itu nanti, wajah sugul yang anda pamerkan kerana kurang sihat atau sebagainya. Jadi untuk menjamin tahap kesihatan yang stabil, ayuh tingkatkan lagi tahap kesihatan anda dengan cara yang berkesan.



1. Tidur yang berkualiti.

Berdasarkan kajian, sebahagianwanita hanya tidur enam jam sehari. Ini menyebabkan terdapat lebam-lebams hitam dikeliling mata. Kekurangan tidur membuatkan badan akan menurun dan mengalami keletihan. Jadi, untuk anda merasa badan lebih segar dan sihat, anda hendaklah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya lapan jam sehari.

2. Ketawa.

Merupakan satu senaman ringan yang bermanfaat untuk menurunkan berat badan serta melancarkan saluran pernafasan. Selain itu, ia dapat menyingkirkan sel-sel penyakit dalam tubuh. Jadi, anda tidak perlu gusar memikirkan hari-hari bahagia yang bakal dilalui nanti. Tempuhlah dengan gembira bersma keluarga dan rakan-rakan.



3. Jangan pendam emosi .

Perasaan anda tentunya bertambah rungsing, lebih-lebih lagi jika hanya tinggal beberapa hari dalam membuat persiapan perkahwinan. Mungkin hantaran, cenderahati atau bunga telur belum siap sepenuhnya. Jadi, janganlah terlalu bimbang dan memendam emosi hingga menjejaskan mood anda. Minta bantuan daripada keluarga dan sanak-saudara. Sentiasa berfikiran positif kerana ia akan membantu meningkatkan kekuatan diri.

4. Elakkan stress.

Stres yang berpanjangan membuatkan diri anda tidak menentu dan secara tidak langsung, mengganggu emosi anda. Jangan biarkan diri anda kelihatan lemah dan tidak bermaya dihari persandingan.

5. Ambil vitamin.

Kesibukan membuat persiapan tentu membuatkan anda tidak cukup makan. Jangan biarkan diri anda tidak terurus sebegitu. Ambil vitamin A, C, E dan mineral agar dapat menstabilkan tubuh anda dan menggantikan supplement makanan.

6. Minum air masak.

Sesibuk manapun, janagan dilupa perihal minum. Sekurang-kurangnya ambil 8 gelas sehari untk menampung dan menjaga selaput lendir dihidung dan kerongkong.



7. Senaman.

Amalkan senaman setiap pagi untuk menjadikan badan lebih sihat. Jika anda abaikan tentunya akan melemahkan sistem imun diri. Pastinya anda tidak mahu kelihatan lemah pada hari bahagia anda bukan?

8. Kurangkan makanan manis.

Jangan membenarkan diri anda mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan baju pengantin yang anda tempah tidak muat. Ia bukan sahaj mendatangkan penyakit tetapi boleh mempengaruhi penampilan anda di hari bahagia.

9. Tingkatkan pengambilan makanan berkhasiat.

Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, kacang dan jus yang boleh mengtasi gangguan kesihatan anda.

10. Terapi.

Perkara penting beberapa hari sebelum tibanya hari perkahwinan adalah dengan melakukan terapi seluruh badan. Ini akan memerikan tubuh anda lebih segar, sihat dan menghilangkan tekanan. 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,716 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen