Tahu Dak Konsep 5K Sebelum Berkahwin?

 

Salam,

Ye la kan..., sebelum kita berkahwin...hendaklah kita kenai dulu macam mana pasangan kita ni nanti, kalau dah kahwin baru tau yang dia ni buruk perangai, kaki judi, kaki pukul dan tak bertanggungjawab....dan yang perempuan pulak tu, suka melawan, tak menghormati dan tak suka ke dapur langsung... nak buat apa lagi dah kan......Jadi sebelum berkahwin tu, kenalah dok selidik dulu ya......Kat bawah ni adalah Konsep 5K iaitu cetusan dari 4 Saranan Rasulullah SAW dalam memilih pasangan hidup yg Islami....Mai kita baca....



1. Kenal -

Rasulullah SAW syorkan mana-mana pasangan yang nak bernikah ni..., harus kenai dulu siapa bakal suami atau isterinya tu.. Sekurang-kurangnya kita kena tengok dulu wajah dia. Kenali dia dulu sama ada dia seorang yang mempraktikkan agama atau tidak. Kenali= kenali melalui saluran yg betui. Samada melalui mahramnya atau wakilnya.... Kenai = bukannya sampai berkapel....

2. Kelas -

Rasulullah SAW syorkan umat Islam pilih dari kelas keturunan yang baik2. Agar dapat nasab yang baik. Bukan dari kelas penzina-penzina yang tak mau bertaubat.



3. Kufu -

Rasulullah SAW syorkan pilihlah pasangan yang sama kufunya dengan diri dan keluarga kita... Contohnya, kalau kita orang miskin janganlah kita nak pi kahwin ngan anak raja pulak.... Janganlah sampai menyusahkan keluarga nak keluarkan kos yang tinggi semata-mata nak minang anak orang kaya. Pilihlah yang sepadan ngan kita, yang sederhana dan yang memahami.....

4. Kasih -

Bila dah kita kenai orangnya, tau profilenya, tau keluarganya, keluarga kita pun boleh terima dia.. keluarga dia pun boleh terima kita..., elemen yang penting jugak adalah berkenan atau tidak kita kat dia..., atau berkenankah dia kat kita. Kalau dua2 nya dah berkenan, maka akan timbullah kasih. Tanpa kasih, tak akan wujud sesebuah keluarga tu kan.... Kasih ni, bukannya bermakna kena berkasih dulu tau...Dakkkk...... Kasih lebih kepada berkenan....

5. Kahwin -

Bila keempat-empat elemen di atas diredhai oleh kedua-dua mempelai dan keluarga, maka kahwinlah kamu. =)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,248 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen