Buat Pertimbangan Sebelum Membuat Keputusan Untuk Ke Jinjang Pelamin.

 

Anda tidak tahu ada kemungkinan sifat yang ada pada psangan anda tidak serasi dengan anda, dan kerana itu penting untuk anda menilai pasangan anda sebelum membuat keputusan menerimanya menjadi suami anda.



Jangan terlalu terburu-buru untuk membuat keputusan untuk berkahwin, pastikan anda sudah benar-benar mengenali hati budi pasangan anda dengan baik, baru la anda memikirkan langkah yang lebih serius dengan hubungan anda.

Jangan nanti apabila membuat keputusan terburu-buru membuatkan anda rasa menyesal dikemudian hari, mahu salahkan siapa? Hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana tersalah pilih suami. Waspada jika kriteria seperti ini ada pada pasangan anda.



Suka bermain mata.

Bercinta dengan anda bukan sudah bererti dia sudah terikat, Beri alasan ke bilik air dan lihat kelakuannya sepanjang anda tidak berada disampingnya. Jika dia berani bermain mata dengan wanita lain ketika tiada dia bersama anda, tentu saja dia lebih berani melakukannya ketika anda tidak bersamanya bukan?

Sibuk sendiri.

Ketika anda bersama dengannya, dia sibuk dengan urusan lain tanpa memandang mata anda. Antara contohnya, sedang anda bersamanya, tangannya sibuk dengan telefon. Sekejap-sekejap masuk pesanan ringkas, dia tersenyum-senyum sendiri. Awas ya! Orang sebegini tidak menganggap anda istimewa dan akn melayan anda sambal lewa saja.

Gemar melayan rakan wanita.

Seharusnya jika pasangan anda itu sudah serius dengan hubungan anda berdua. Dia akan berusaha untuk mengelak berjumpa dengan rakan perempuannya dengan kerap demi menjaga hubungannya dengan anda.



Tidak memikirkan tentang diri sendiri.

Tidak bekerja dan lebih suka lepak sahaja, ini seharusnya tidak berlaku kepada seorang lelaki yang serius akan sesuatu hubungan, jika benar dia sayangkan anda, dia akan berusaha dengan lebih lagi untuk anda. Kehidupan selepas berkahwin bukannya hal yang mudah ya! Jangan nanti mengharapkan duit isteri sahaja, sedangkan suami goyang kaki.

Bukan perkara mudah untuk seseorang memilih pasangan yang baik, malah memerlukan masa yang lama untuk mengenali seseorang. Tidak perlu mendengar kata orang sekeliling yang sering memberi kata-kata negatif tentang anda, yang ingin berkahwin itu anda, bukannya mereka. Anda seharusnya lebih peka dalam memilih pasangan, jangan hanya kerana orang mengata anda anak dara tua, anda terus mencari jalan mudah dengan memilih lelaki sesuka hati “asal ada” sahaja. Ini berkaitan dengan masa depan anda! Jadilah bijak dalam memilih pasangan.

Sumber: Majalah Wanita.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen