3 Sebab Lelaki Suka Untuk Berpoligami.

 

Memang dasar lelaki suka untuk berpoligami. Itulah ayat skema yang keluar dari mulut insan bergelar wanita. Terus terang sebagai seorang lelaki yang waras dan sihat walfiat, mrhanafi suka kepada konsep poligami berbanding kepada budaya skandal, perempuan simpanan dan istilah makan luar. Siapa yang setuju angguk kepala.



Poligami adalah satu bentuk perkahwinan yang lebih daripada seorang isteri. Agama Islam tidak melarang dengan syarat pihak suami mampu untuk adil, mampu memberi nafkah zahir serta batin dan kemampuan untuk memikul amanah yang berganda.

Secara azalinya memang lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin dan pembimbing kepada ahli tanggungannya yakni isteri-isteri dan anak-anak. Sifat kepimpinan yang tinggi dan akhlak terpuji tersebut wajar sekali diteladani oleh anak-anaknya. Sifat ini amat terserlah jika lelaki tersebut mengetuai keluarga besar atau dalam erti kata yang lain berpoligami.



Sebelum kami mengemukakan 3 sebab lelaki suka berpoligami izinkan mrhanafi untuk meminta pembaca wanita untuk membuka minda seluas-luasnya. Jangan kecam  dan jangan halang suami anda membaca artikel ini. Kepada golongan suami yang sudah beristeri satu jangan nak memandai mandai cari alasan untuk berbini dua pulak. Diharap jangan tersentap la ya. Yang baik jadi tauladan manakala yang buruk jadi sempadan.

Orang lelaki suka untuk berpoligami kerana sebab-sebab berikut:

1. Ego seorang lelaki.

Ego adalah ciri pemimpin yang diasaskan oleh teori barat. Sebaliknya ego dalam Islam merupakan perasaan bangga diri. Jika ada niat lelaki nak berpoligami kerana merasakan dirinya hebat untuk menundukkan dua wanita atau lebih baik sila hentikan segera. Sifat ego dalam perkahwinan tidak akan membawa kemana. Tak kira ego seorang suami maupun ego seorang isteri. Rumahtangga yang dibina atas sifat ego mengundang kurang bahagia dan kurang tenang. Apatah lagi alasan untuk berpoligami kerana ego seorang lelaki. Mana taknya jika kita rasa bangga disebut orang berbini dua berbanding berbini sorang. Perasaan bangga tersebut lama kelamaan akan memburukkan status perkahwinan poligami itu sendiri. Para isteri teraniaya dan anak-anak terabai kasih sayang. Perkahwinan tersebut tidak berkat dan cinta pula tidak ikhlas.



2. Jerat perasaan cinta.

Elemen cinta bagaikan virus yang menjangkiti hati insan yang rapuh sama ada si lelaki atau si perempuan. Umum mengetahui hati perempuan sangat rapuh dan suka beremosi. Lantas kerana kehadiran lelaki yang hebat di depan mata mereka menyebabkan rasa tergoda. Disitulah bermulanya bimbit bimbit percintaan dua insan. Cinta yang bersemi dan terus mekar akan membuka ruang dan peluang untuk suami berkahwin lagi. Ironinya ada pasangan yang kurang mesra dan kurang harmoni. Akibat terdesak begini si suami akan membuka pintu hatinya untuk wanita lain. Cinta dan perasaan sayang semakin dalam. Jika dah terkena jerat percintaan tentu sukar untuk berpatah kembali. Penyelesaian terdekat tidak lain dan tidak bukan ialah kahwin lagi yakni berpoligami jika itu jodohnya.

3. Suratan jodoh manusia.

Sebab jodoh tidak mampu dirungkai oleh minda manusia. Tak kira dia pakar atau tinggi ilmunya pasti tidak mampu untuk menjawab mengapa ada suami boleh ditakdir untuk ada dua atau lebih isteri dalam hidup mereka. Buatlah kecaman paling tajam sekalipun lelaki terpilih ini tetap juga berpoligami. Mereka tidak takut pada manusia terutama isteri pertama. Mereka lebih takut kepada Allah SWT dan memelihara kesucian agama pada tertempat tertinggi.

Golongan ini tidak ramai dalam masyarakat kita pada hari ini. Mereka golongan terpilih dan dianugerahkan pelbagai nikmat di dunia sebelum terus menerus mendapat nikmat diakhirat. Mereka disukai ramai termasuk digilai wanita kerana karisma, ketokohan agama dan peribadi mulia. Wang, harta dan pangkat dunia terlalu kecil buat mereka. Mereka insan bersyukur dan memiliki tahap takwa yang tinggi berbanding insan biasa. Jadi usah hairan Allah SWT hadiahkan bidadari dunia iaitu isteri-isteri solehah buat golongan ini.



{sekilas pandang }

Hampir semua lelaki yang hebat suka untuk berpoligami. Cuma segelintir sahaja yang tetap mempertahankan kesetiaan dan keluhuran cinta untuk isteri pertama.

Yang peliknya hanya segelintir sahaja yang mampu merealisasikan impian untuk berpoligami. Selebihnya hanya mampu berimpian antara mahu dengan tidak. Mereka antara takut dengan berani untuk memulakan langkah ke arah perkahwinan poligami.

Jika ada diantara pembaca ada berhasrat untuk berpoligami jangan malu dan jangan segan. Usahakan dengan iman dan perniagaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,697 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen