Wanita Ini Beri Cara Terbaik Keluar Dari Kemelut Hutang, Ikuti Pengalamannya Langsai Hutang 1/2 Juta.

 

Sakitnya emosi bila dibebani hutang keliling pinggang. Ada orang sampai jadi mental, bila dilanda masalah yang satu ini. Hilang pedoman malah lupa seketika anak isteri. Lagi-lagi kalau hutang peribadi mahupun syarikat cecah jutaan ringgit. Allahu, mahu ke mana hendak diadu gelisah hati ini.



Terkesan dengan tulisan Puan Nor Farhana Jutawan Muda tentang dirinya menyelesaikan hutang setengah juta yang ditanggung. Beliau juga berikan tip bagaimana selesaikan masalah hutang dengan cara yang paling mudah dan berkat.

Bila sebut pasal HUTANG, mesti ramai yang stress. Ramai jugak yang persoal. 'Macamana nak bayar kalau duit pun takde?' . Nasihat Kak Fana (berdasarkan pengalaman Kak Fana tutup hutang bernilai setengah juta ringgit)



1. Korang mulakan dengan apa yang ada di tangan dulu. Ada sikit bayar sikit.

2. Berbelanja dengan berhemah. Jangan boros.

3. Belajar buat bisnes yang modal rendah.

Allah marah bila kita ada duit kita pi belanja lain. Kita membazir tapi hutang tak reti nak bayar. Orang tolong kita masa kita susah sebab kesian pada kita. Tapi bila ada duit kita lengahkan bagi balik duit dia. Kadang-kadang orang yang tolong kita pulak jadi susah sebab kita. Nauzubillah . Kalau korang rasa sales slow. Duit sentiasa tak ada. Rezeki sempit. Hati tak tenang dan tak bahagia.



4. Cara terbaik nak keluar dari kemelut masalah hutang hanyalah dengan bayar hutang dan bersedekah banyak-banyak

5. Selalu tolong orang miskin. Jangan berkira. 

Pejam je mata. Ikhlaskan hati . InsyaAllah Allah akan bantu kita langsai hutang satu persatu dengan mudah. Masalah hutang jadi makin rumit sebab kita bakhil. Dahla desperate sebab hutang. Pastu berkira & bakhil lagi. Macamana Allah nak bantu? Yakinla berapa banyak pun hutang korang. Berapa juta sekali pun. Pasti ada jalan nak langsai.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen