5 Alasan Kenapa 'Lelaki Berstatus Suami' Daftar App/Website Pencarian Jodoh.

 

Zaman sekarang, mencari jodoh hanya dihujung jari. Terdapat banyak aplikasi dan laman web pencarian jodoh yang boleh digunapakai oleh wanita bujang dan lelaki bujang dalam usaha mencari pasangan untuk berkahwin. Namun, agak pelik apabila ada lelaki yang sedang memegang status ‘suami’ turut mendaftar di dalam laman App/Website pencarian jodoh ini. Apakah sebenarnya yang dicari oleh lelaki yang sedang memegang status ‘suami’ ini sedangkan kehidupan mereka sudah lengkap dengan kewujudan isteri dan anak-anak di sisi mereka? Rupa-rupanya ini 5 Alasan Lelaki Berstatus Suami Daftar App/Website Jodoh.



1. Berpoligami.

Tidak semua, namun jangan tidak percaya memang ada lelaki yang bercita-cita berpoligami. Agama Islam tidak melarang poligami dengan syarat suami mampu berlaku adil, mampu memberi nafkah zahir batin, mampu untuk memikul amanah yang berganda dan tidak boleh melebihi dari 4 orang isteri. Walaubagaimanapun, gadis yang bertemu dengan Lelaki Berstatus Suami di bawah alasan ini harus jelas kenapa mereka ingin berpoligami samada:

a. Ingin mempunyai zuriat sendiri kerana perkahwinan sekarang masih belum dikurnia zuriat.
b. Isteri ditimpa penyakit kronik.
c. Seorang musafir dan ingin mempunyai seorang isteri di negeri yang sering bermusafir
d. Ingin membantu janda yang mempunyai anak.
e. Ingin membantu mengurangkan bilangan wanita yang tidak berkahwin kerana jumlah perempuan lebih dari lelaki.
f.  Ingin mencari wanita berkerjaya bagus sebagai isteri kedua disamping dapat membantu kewangannya dalam menguruskan kehidupannya bersama isteri pertama dan anak-anaknya.
g. Tanpa sebab.



2. Menguji saham diri sendiri.

Tidak semua, namun jangan tidak percaya memang ada lelaki yang kuat perasan. Mereka berasa diri mereka masih segak, kacak dan menjadi pujaan ramai walaupun sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Untuk membuktikan mereka masih mempunyai saham yang tinggi, ada antara mereka yang sanggup mendaftar di app/website pencarian jodoh. Mereka suka jika ada wanita yang menyukai mereka terutama jika yang suka itu terdiri dari kalangan gadis-gadis muda dan anak dara. Sekiranya penyertaan di dalam app/website pencarian jodoh atas cabaran rakan-rakan mereka, mereka akan bangga dengan keputusan cabaran itu.

3. Mencari client/customer.

Tuntutan kos sara hidup masa kini memang tidak dinafikan amat tinggi dan agak membebankan bagi lelaki berstatus suami menanggung nafkah isteri dan anak-anak. Oleh itu, ada antara mereka yang terlibat dengan kerja-kerja part-time sebagai contoh ‘berniaga MLM'. Ini menuntut mereka mencari kenalan baru untuk dijadikan prospect mereka. Sekiranya prospect membeli produk yang mereka jual atau bersetuju untuk menjadi ‘downline’ mereka, mereka sudah menjana pendapatan mereka.

4. Mencari pekerja.

Pelik tapi benar. Ada juga Lelaki Berstatus Suami yang mempunyai perniagaan membuat pengakuan bahawa tujuan mereka menggunakan medium app/website pencarian jodoh untuk mencari staff. Alasan ini amat pelik kerana mereka sepatutnya mencari pekerja melalui app/website yang khusus untuk pekerjaan seperti jobstreet, monster, linkedin dan banyak lagi bukannya di medium app/website pencarian jodoh.



5. Saja suka-suka.

Sekali lagi pelik tapi benar. Ada sesetengah lelaki berstatus suami yang mendaftar app/website pencarian jodoh tanpa sebarang tujuan. Mereka mendaftar hanya suka-suka untuk mengisi masa lapang berbual dengan wanita-wanita yang ingin mencari jodoh. Malahan di bawah alasan ini, ada juga lelaki berstatus suami yang membuat pertarungan siapa jatuh cinta dengan siapa dahulu samada dia atau wanita yang sedang mencari jodoh itu.

Kesimpulan.

Ini adalah antara 5 alasan yang telah dikenalpasti mengapa lelaki berstatus suami mendaftar app/website pencarian jodoh. Berdasarkan alasan ke-2 hingga alasan ke-5, lelaki berstatus suami yang mendaftar app/website pencarian jodoh tidak serius dalam mencari pasangan.



Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bermula dengan penglibatan pendaftaran yang tidak serius:

a. Lelaki berstatus suami yang mendaftar app/website pencarian jodoh juga boleh terjebak ke dalam BAHAGIANYA JATUH CINTA UNTUK KALI KE-2 dan ini merupakan penganiayaan lelaki itu kepada isteri dan anak-anaknya sendiri.

b. Namun, sekiranya wanita bujang yang terjebak ke dalam BAHAGIANYA JATUH CINTA KEPADA LELAKI BERSTATUS SUAMI yang mendaftar app/website pencarian jodoh dan lelaki itu tidak langsung berniat untuk memperisterikannya, ini merupakan penganiayaan kepada wanita bujang yang mencari jodoh itu.

Oleh itu, wanita bujang yang sedang mencari jodoh melalui app/website pencarian jodoh harus bijak dalam menilai bakal pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,565 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen