Penawar Buat Yang Sedang Bersedih Kerana Cinta.

 

Cinta itu hakikatnya adalah satu perasaan yang sangat positif. Segala perkara jadi baik belaka. Tiada cacat cela walau hakikatnya ada cacat cela pada manusia. Orang yang bercinta dengan Allah, hatinya bergetar di saat disebut nama Allah. Seperti hati kita bergetar saat kita mendengar orang lain menyebut seseorang yang kita suka. Kita jadi tersentap. Itu adalah ciri-ciri kita mencintai Allah. Seperti dalam firman Allah,

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”
Surah Al Anfaal: 2

Cinta Selain Allah Berpotensi Menyakitkan.

Kata Ibn Qayyim,

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah (mencintai wanita / lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya.”

Bukan semua orang yang kita cinta, akan mencintai kita sepertimana kita mencintai dia. Adapun orang yang mencintai kita, kita tidak dapat mencintainya sepertimana dia mencintai kita. Orang yang terkenal kebiasaannya ada ramai peminat. Namun sedikit sekali yang mampu menghargai peminat sebaiknya. Antara dialog biasa, “Teringin nak jumpa _____.”

Bagi orang itu, ia perkara biasa dan tidak memberi apa-apa makna. Sedangkan peminatnya itu begitu bersungguh menunjukkan betapa minatnya dia dengan selebriti tersebut.

Sehingga apa yang dipakai selebriti itu ditanya dan dipakai. Yang merefleksi ketaksuban dengan selebriti itu. Apabila selebriti itu tidak melayan peminat tegar dengan sebaiknya, kemungkinan besar, peminat tegar akan kecewa dan tawar hati.



Kehilangan Adalah Tanda Mendapat Pengganti Yang Lebih Baik.

Seseorang pernah berpesan,

“Wahai sahabatku, janganlah kamu bergusar hati kerana masih tidak punya pasangan, kerana cintamu itu terlalu mahal untuk dipermainkan. Kerana cintamu itu hanya layak untuk mereka yang benar-benar mampu memilikimu.”

Justeru, jangan bersedih dalam mencari pasangan hidup. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, Dia akan berikan pengganti yang lebih baik. Kehilangan sesuatu boleh jadi petanda, kita akan dapat sesuatu yang lebih baik.

3 Aset Penting Untuk Dicintai.

Dalam satu hadis riwayat Anas bin Malik r.a.: Ada seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW : “Bilakah kiamat itu tiba?”

Rasulullah bersabda: “Apa yang telah kamu persiapkan untuk itu?”

Lelaki itu menjawab: “Cinta Allah dan Rasul-Nya.”

Rasulullah menjawab: “Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.” Hadis Riwayat Muslim, No. 4775

Maka penting kita menapis siapakah yang kita cintai di dunia ini.



1. Allah.

Aset asas dan paling penting untuk dihargai dan dicintai. Andai dalam sehari kita mampu hidup tanpa Allah, barangkali kita tidak hidup. Oksigen yang kita hirup, sudah berapa oksigen yang Allah beri kepada kita. Namun, sedikit sekali yang bersyukur dengan-Nya. Dia sudah beri terlalu banyak nikmat kepada kita, tetapi kita buta untuk menilainya.

2. Rasulullah.

Jika tidak kerana Rasulullah S.A.W., mungkin kita tidak hidup sebagai seorang umat Islam. Hatta mungkin Islam tidak sampai pada zaman sekarang. Sepatutnya dengan hanya berselawat kepada Rasulullah S.A.W. sudah membuat kita berasa istimewa di sisi Allah. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”
Sahih Muslim 0408

Analoginya begini. Kita mengenali seorang multijutawan yang dikenali oleh jutaan orang di dunia ini. Pada suatu hari, kita sempat berjumpa dengannya. Saat bertemu, dia sebut nama kita.

Masya-Allah, pasti kita rasa sangat gembira dan bersyukur kerana antara jutaan orang yang mengenalinya, kita adalah antara individu yang dia ingat nama. Apatah lagi apabila Allah berselawat kepada kita. Yang Maha Mencipta seluruh alam berselawat kepada kita. Masya-Allah. Seharusnya kita berasa begitu istimewa kerana balasan selawat daripada Allah.



3. Ibu bapa.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.

Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun.”
Surah Al Ahqaf: 15

Sesuatu yang asas namun ada yang mengabaikannya. Mereka hanya berdua. Tetapi mereka tetap mampu menjadi 3–4 orang anak sekaligus. Namun ketika anak-anaknya dewasa, mereka yang berempat itu belum tentu dapat menjaga ibu bapanya yang hanya dua orang.

Adakalanya di saat si bapa tidak mempunyai wang yang banyak, dia sanggup berlapar untuk memberi anaknya makan. Di saat ibu kekurangan wang, dia sanggup memberi wang yang terakhirnya buat si anak. Begitulah bersungguhnya mereka berkorban kerana kita yang lebih layak mendapat cinta dan kasih sayang daripada kita.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,043 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen