Cuba Reflek Diri, Adakah Aku Seorang Isteri Yang Solehah?

 

Soleh atau salih bererti seseorang yang taat serta patuh kepada perintah dan larangan Allah. Perkataan soleh kerap kali disebut di dalam al-Qur’an sebagai “amal soleh” dan ia seterusnya dikaitkan dengan ganjaran syurga.



Di antaranya ialah firman Allah:

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. [al-Baqarah 2:82] Iman ialah perbuatan hati sementara amal ialah perbuatan fizikal. Kedua-dua ini apabila betul dan benar, syurgalah ganjarannya. Orang yang membuat apa yang diperintah oleh Allah dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah, dia telah beramal soleh.



Isteri yang solehah ialah isteri yang taat serta patuh kepada perintah dan larangan agama. Beliau melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah. Menjadi seorang isteri yang soleh dengan sendirinya adalah satu amal soleh yang boleh membawa dirinya ke syurga. Termasuk yang diperintahkan oleh Allah ialah isteri mentaati suaminya. Firman Allah:

Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya. [al-Nisa’ 4:34]

Sementara apa yang dilarang oleh Allah ialah isteri jangan menderhakai suami (nusyuz). Bukti larangan ini ialah Allah mengizinkan suami untuk bertindak ke atas isteri yang derhaka. Tindakan ini memiliki tiga tahap: Pertama menasihati isteri, kedua menjauhi isteri dan ketiga memukul isteri dengan pukulan yang bertujuan memberi peringatan.

Firman Allah:

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. [al-Nisa’ 4:34]

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,709 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen