4 Tips Jika Anda Hadapi Situasi Langkah Bendul.

 

Sebenarnya tiada satu pun larangan mengikut syarak untuk berkahwin bagi mereka yang mempunyai abang atau kakak yang belum berkahwin. Hanya dalam adat sahaja situasi ini berlaku dan dinama sebagai langkah bendul.



Pun begitu, masyarakat selalunya memandang adat melebihi syarak sehingga ada kala menyusahkan bagi sesetengah mereka yang ingin bertemu jodoh. Jodoh bagi setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang awal, ada yang lewat.

Larangan melangkah bendul tidak perlu diamalkan. Jika adik ingin berkahwin, sokonglah niatnya itu. Usah dilarang hanya kerana ada abang atau kakaknya yang masih solo.

Sebagai kakak atau abang, usahlah berkecil hati jika adik kita bertemu jodoh terlebih dahulu.



Tip apabila adik ingin berkahwin:

1) Sokong niat mereka.

2) Usah susahkan mereka menyediakan hadiah mahal untuk kita.

3) Minta adik doakan kita juga mudah bertemu jodoh.

4) Berfikiran positif dan doakan kebahagiaan adik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,314 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen